![]() | |
Image Credit: Stock Exchange/Vjeran Lisjak |
aq kalau di beri pilihan kann !!.. of coz pilih yang di panggan..bukan kerana berita baik...
bahawa memanggang adalah salah satu kaedah penyediaan makanan yang sihat.
tapikan dah memang aq suka pada satu hidangan yg dipanggang dari bergoreng..lagi2 ayam panggang wow..my favorite tuu..yummy
![]() |
Image Credit: Google |
make sure korang semua dah tahukann..grilled food lebih sihat dari fatty or fried foods
![]() |
Image Credit: Google |
Kaedah memmanggang makanan sebenarnya boleh dijadikan inisiatif menggantikan kaedah menggoreng. Disamping rasanya yang sedap, ia mampu mengurangkan kandungan lemak, dan memanggang juga membantu memastikan anda mendapat lebih nilai daripada makanan anda. Ini kerana, makanan yang di panggang diletakkan di bawah atau di atas sumber haba yang kering, sekaligus dapat mengekalkan vitamin yang ada didalam makanan dan mengelakkan ia hilang semasa proses memasak.
Kaedah memasak kering dan masa memasak yang lebih pendek pula membantu mengekalkan kandungan nutrien yang ada didalam makanan. Proses memanggang juga dapat mengeluarkan lemak yang sedia ada dalam makanan. Jadi, makanan yang dipanggang sebagai contoh,ayam yang dipanggang mempunyai kandungan kalori yang lebih rendah daripada ayam yang digoreng. Ini membantu dalam pengurusan berat badan dan pengurangan kolestrol dalam darah. Tahap kolesterol yang seimbang, mampu meningkatkan kesihatan kardiovaskular seseorang. Pelbagai keadaan kesihatan seperti kegemukan, strok, penyakit jantung, dan tekanan darah tinggi secara langsung, dapat dielakkan.
Makanan bergoreng
Apabila sesuatu makanan digoreng, ia sebenarnya menyerap banyak lemak. Walaupun makanan itu makanan yang rendah lemak, ia berakhir dengan kandungan lemak yang tinggi selepas digoreng. Apabila dimakan, ia akan meningkatkan paras kolesterol didalam darah.
Paras kolesterol yang tinggi menimbulkan risiko yang lebih besar kepada kesihata seperti menyebabkan arteri tersumbat. Ini menghalang kelancaran darah dan seterusnya meningkatkan tekanan darah. Paras kolesterol yang tinggi juga meningkatkan risiko strok, penyakit kardiovaskular dan diabetes. Kandungan kalori yang tinggi dalam makanan yang digoreng juga lebih tinggi, dan ini menyebabkan kenaikan berat badan jika ia sering diambil.
Walaupun makanan goreng mungkin lazat dengan tekstur yang hebat, ia lebih sukar dicerna daripada makanan panggang. Ini kerana lemak yang banyak telah diserap oleh makanan sewaktu ia digoreng. Makanan dengan kandungan lemak yang tinggi memberi tekanan yang lebih kepada sistem pencernaan dan organ-organ. Ini menyumbang kepada gangguan saluran pencernaan. Keadaan bertambah buruk apabila ia mampu menyumbang kepada punca penyakit ulser dan batu karang.
Kesimpulannya, alternatif yang lebih sihat untuk menggoreng adalah memanggang. Memasak dengan cara yang sihat menyumbang kepada kesihatan yang baik dan kesejahteraan secara keseluruhan.
baik masakan panggang or bergoreng semua ada kebaikkan as well as keburukannya..jika diambil berlebihan..
" ermm good idea for lunch ..apalagi ayam panggang lohhh..:)
Kakak jarang memanggang tapi kalau bakar dlm oven selalu. Panggang ni kakak malas nak tunggu sebenarnya Roha. Kalau bakar dlm oven senang boleh tinggal :)
ReplyDeleteNak memanggang jer lah lpas ni ☺☺
ReplyDeleteSalam Kak....amboii cuti sakan dr N3 nooo...haha.. rehat bebetui...
ReplyDeletesy pun suka yg panggang kak... sbb mmg rasa lebih sihat.. klu goreng kompom berminyak kan..tu yg tak minat sgt...hehe... apapun tq share info ni..:)
salam…saya setuju jugak tu. kalau dpt makan nasi panas dgn lauk2 panggang ni hari2 pun xkisah tapi tu la bila dah ada anak2 kecik ni they all prefer yg goreng2 lg la….
ReplyDeletesaya pun suka tapi tekak en suami sebaliknya...hehe
ReplyDeletep/s-kak ada typo error dekat ayat bawah gambar yang pertama =)
hahaa..faktor usia tu yana :P
Deletethanks yana..
Aah la.. Rasa macam nak cari ayam panggang lunch ni... Hehe
ReplyDeletefamily niesa pun suka panggang2 ni kak..kalau boleh hari2 nk memanggang..hehe..nak makan ayam panggang laa...
ReplyDeletepanggang pon best !
ReplyDeleteayam panggang mmg best.... meletup letup sedap dalam mulut
ReplyDeletetapi mood menggoreng atau panggang sll ikut mood.. haih....
Kat rumah ni mmg jarang memanggang Roha.....sebab tak de pemanggang ajaib hehe....boleh jadi alasan gitu?
ReplyDeleteBukan apa sebab campak je dalam minyak senang cite...minyak pun dah ada kat kuali...hehe
OKje pun suka gak panggang ni tapi kalau belilah....orang yg masak hoho...
sebut panggang memanggang ni terlior pulak nak makan ikan pari panggang/bakar...cicah kuah asam...ermmm tak sedar dua pinggan nasi habis...
ReplyDeleteterliur tengok ayam panggang! tq share...mmg tips dan info berguna
ReplyDeletepanggang best kak..kalau ikan naniey suka stim je..manis2 rasanya..akeke
ReplyDeleteikan bakar cecah air asam sdapnya..:)
ReplyDeleteAkak pun suka yg dipanggang atau dibakar... sedap pada tekak akak pastu ada pulak pencecahnya atau sosnya lagi lah sedap... :)
ReplyDeleteAkak suka di panggang dgn kayu arang.
ReplyDeletewangi je.tambah dgn air asmnya..
panggang gril kukus... panggang grill kukus.. semuapun baik untuk kesihatan...
ReplyDeleteGoreng aje.
ReplyDeleteCepat dan mudah.
Hehe. >.<
saya dua2 suka… tgk selera tekak…. kalau panggang senang jugak, tak perlu nak tunggu2 mcm menggoreng.. set masa, lepas tu terus boleh ngap… sambil menaip ni pun boleh terbayang ada ayam panggang dalam oven…. hihihi, nice idea :)
ReplyDeletePanggang mmg lebih sihat.goreng byk guna minyak.tp saya tak pernah pun memanggang..hehee
ReplyDeletepanggang la lagi best..mudah & sodap...
ReplyDeleteTq kak share info... kalau ikutkan tekak ni, memang sedap panggang dari goreng... tapi aktiviti panggang memanggang ni seminggu sekali je kot buat... hehe... *__^
ReplyDeletecik pon lebih suka panggang dari goreng....sedap lagi makan makanan yang di panggang kan kak roha...kurang minyak lagi..
ReplyDeleteKukus pn sedap sis..
ReplyDeleteDua-dua pun suka, boleh? :) Kat rumah ni kalau ngidam panggang, memang kerja memanggang ajelah sampai tujuh keturunan. Bila ngidam nak yang bergoreng, memang bergoreng ajelah tujuh keturunan jugak :)
ReplyDeletepemanggang ajaib kan dah ada. hihi
ReplyDeletekak, tak da rajin mana, tp kena isi masa terluang.. tak tau nak buat apa kan.. masak je la khoje saya.. hihi
lagi satu kt area saya makanan mahei benor..
tapi kalo saya suka yang goreng....kalo panggang jarang nak memangggang..hehe
ReplyDeletetapi kekadang kalo insaf dan rasa nak makan mknn sihat baru la kukus...grilll..panggang gitu...