SPEED TEST LOADING BLOG


assalamualaikum

  hehe..macam tak caya je kann ! malam   aq update n3  
sebenonya aq nak kongsi kat korang satu website yang boleh check berapa laju blog korang loading..haa tu penting tau korang,cehh korang bayangkan.. kalau orang nak pi blogwalking kat blog kita loading je nak cecah 5 minit mak oii,sangup ke dorang tunggu ? rasa2 tak kot ! :)
haa kan dah rugi satu pageviews tu hehe :D
aq pon dah pi timbang speed test blog aq then hasil  ↙ 
 
 
 
Alhamdulilah total loading time blog aq masih ok buk! 3.47 seconds
haha.. kira lajulah tu kan hehe..
 
sebab kalau blog dah lebih 200~300 kb,tu kira dah berat tu..
 
sekarang apa kata korang pi test speed loading blog korang kat sini  
selamat menimbang then renung2kan apa yang patut :)
 
 
atie ,semalam tanya akak kan kat shoutbox tang loading blog atie,apakata atie pi test speed loading blog atie kat backline tu..


wokeylah korang selamat malam tataaa
 
  
 

STORY PETANG NI 。◕‿◕。


assalamualaikum

salam ahad,hopefully korang everybody always happy today 。◕‿◕。
entry pendek je untuk petang ahad ni..dek kerana busy menjahit lencana sekolah wey haha..


 10 helai tudung tu aq kena jait lencana sekolah puls tanda nama anak2 aq.. " ermm nasib baik mak kome ada juga skill jait menjahit ni kann !!.."

settle bab jahit lencana..tukar position pulak bab sampul menyampul buku lak ni :D
 
 
 
gigih sungguh jua & jia ni menyampul buku masing2
kemain focus lagi budak dua orang ni yekk..sampai tak sedo mak tangkap gambo muhq noh!!:)
 
 
haa ni je yang dapat aq update untuk petang ni :)
" take a break " tataaaa..

 
✎ pistt korang dah jahit lencana sekolah for your child ? 。◕‿◕。
 

AQ PON NAK TUKAR LAH !! ( ⁀ ‿ ⁀❀ )


assalamualaikum

hai korang semua salam weekand..selamat berhujung minggu,korang breakfast apa tadi ??
aq !!..bekpes apam kampung nii..pepagi dah mengepam uitss mengapam  kau hehe :D
badan pon rasa dipam-pam je bila dah 2,3 ketoi masuk mulut hehe..
sedap wey makan panas2..lagi2 kalau cecah sambal tumis ikan bilis,mak aii mengucap aq dibuatnya haha :D
 
 
 
jauh beno aq menyempang dari landasan..mohh!!.. balik pada landasan :)
ceh korang tengok tajuk n3 aq harini..
semalam pi terjah blog Atie
 gupanya atie dah tukar cat umah dia kaler putih-putih melati :)
aq ingat line tenet lemau , coz dia punya loading mak aii..
then akhirnya aq pelik sendiri,kenapa backgraund blog atie ni tak timbul2 
" masa ni aq tak perasan tang border kat pict header tu,dan juga belum scroll ke bawah baca komen " :)
akhirnya terjawab sudah,gupa2nya atie tukar template baru kau tipa !!.. siap ada bibir seksi lagi 
" citer aq pada cik tipa tentang wajah baru blog Di Jari Pena Menari " haha ketawa beso tipa,mendengar citer aq :D"
 
 
 
masa aq pi blogwalking kat blog Mommy As Blog design baru juga..uiss,
jealous tau aq tengok design blog dorang yang cute miut tu..
 
p/s: atie ngan mommy mintak izin printscreen  header korang ea,nak kuatkan lagi story tang tajuk n3 aq harini :) thanks uals bedua hehe :  
 
 
hiss tak boleh jadi ni kena tukar jugakk :)
tang yang edit guna HTML tu aq lemah sikit,nak menatap koding2 tu bagai
mau berpenor-penor biji mata dibuatnya haha :D
kalau edit yang guna add a gadget main copy n paste je tu aq suka sonang itu bah!..
aq respect betul pada empunya blog tutorial edit mengedit ni yang mana banyak berkongsi tutorial yang berguna pada newbie macam aq yang tak berapa nak tau tang edit2tan hihihiii :D
antara blog tutorial yang selalu aq terjah AMALINA , LYSSA FAIZUREEN ,NUR FARAHUDA timakasih adik2 semua atas perkongsian tutorial tu semua ye..mintak dihalalkan :)
akhirnya aq pon tak boleh tahan so, aq pon nak design jugalah blog kesayang hamba ni cehwaaa..then aq pon pi lah blog tutorial yang aq selalu terjah macam yg kat atas tu
 
 
  pict atas ni design blog aq..  backgraund plain je ( kod ADD8E6 ),so sekarang aq nak tuka backgraund flower lah pulak yang simple mimple je..aq pi sekodeng kat blog AMALINA then ambik backgraund flower macam pict kat bawah ni..
 
 
 
 lepas tu aq copy n paste kat add a gadget dan hasilnya macam pict kat bawah ni..
 

haa korang ni lah rupa backgraund baru aq haha..simple je kan!
then  nak pisahkan main wrapper kat bahagian post n3 tu pon aq copy n paste kat blog Amalina juga..thank Amalina for this tutorial and backgraund flower :)
bahagian sidebar pulak aq terjah blog Farahuda untuk buat border sidebar 
thanks huda for this tutorial :)
 
 header ni pulak aq copy n paste kat blog LYSSA FAIZUREEN , aq suka header yang simple2 je macam header ni :)
thanks juga untuk adik Lyssa..mintak izin ambik simple header bukan satu tapi 2 bole gitu hehe :D 
bolehlahkan dah kata freebies kann !!..janji tinggalkan komen ye dah Lyssa haha..
boleh  nak dikatakan design blog aq ni banyak mengunakan harta orang eks! :D
yang penting aq mintak izin ea pada empunya,haa tu yg pentinggg!!
 
oopss hampir terlupa aq wey!, floating button twitter,Fb,Blog dan shout box yang tersembunyi tu semua hasil terjahan aq kat blog tutorial Cik Nurfarah 
thanks ye farah akak copy n paste kat blog akak :) 
 
okaylah panjang beno n3 aq harini,naik jelak kang korang baca :)
anyway thanks uals  yang sudi baca n komen setiap story yang ada kat blog aq ni
sayang korang ketat2 muahhhh..
  
 
    korang suka tak tang edit mengedit blog ni  ? ◕‿◕

HUTAN LIPUR GUNUNG PULAI

Assalamualaikum..
 
semalam kan cuti krismas..so, plan ngan adik ipar aq, pi mandi manda kat gunung pulai jom !!
 "boleh juga " jawab adik ipar aq..haa kira jadilah ni :)
kitaorang gerak lepas tengah hari
sebab aq siap masak2 lagi untuk bawak bekalan pi gunung pulai tu..
almaklumlahkan kalau dah habis mandi manda tu,sang perut mintak diisi pulak
so,aq bawak nasi lemak je..
sonang sikit kojenya aq kan hehe :D
 
SEARCH BY GOOGLE
 terpaksalah aq mintak bantuan pokcik google tang pict kat atas tu
aq lupa sebenonya nak tangkap gambo kat entrance hutan lipur gunung pulai ni
almaklumlahkan seminggu lagi umur dah nak suku abad tu yang menjadi-jadi sindrom forget aq tu kihkihkih :D
 
SILA ABAIKAN PICT YANG TAK SEPATUTNYA :D
masuk je entrance hutan lipur gunung pulai ni.. mak oii ramainya hamba Allah dok melepak kat gunung ni..of coz lah tempat free ye dak..
then terus pi cari tempat pot yang sesuai untuk landing hehe :D
terjenguk sana,terjenguk sini akhirnya jumpa wakaf yang tak berpenghuni 
apalagi terus bentang tikar zam ala kazam kitaorang 
 
 
uiss hubby aq belom mandi lagi dah bukak bekal..

                   
                                                               warming dulu sebelum tejun huhaaa..


      





see! pict kat atas ni biru birat bibir dorang kesejukan..
memang sejuk wey air gunung kat sini
gigil sekujur badan.. di tambah pulak angin sepoi2 giteww


mesti korang tercari-cari tang mana gunungnya tu ?
nampak datar je !..
moh ! aq explain,benonya kitaorang tak pi naik kat atas gunung tu..mandi manda kat bawah ni je
dengan reason licin , leceh nak mendaki then tak kuasa  haha :D


 tepek pict dak comel ni satu :)






SUMBER BY GOOGLE

sapa penah mendaki gunung hehe ? :p





KEK PUDING KARAMEL

Assalamualaikum
 
selamat tengah hari uals :) semalam korang pi beraya kemana  ? hehee :D
hiss awat kome gelak ? betoi apa kitakan 1 Malaysiakan! so,kenalah ziarah menziarahi ye dak?
okay stop citer ziarah..sekarang moh ! kita layan resepi kek puding karamel yang sedap banget nii :)
kalau kak azlita aziz cakap berakhir sudah sumpahan itu..
aq pulak terkena sumpahan penangan kek puding karamel yang super walla nii..
memang tak cukup seketoi sekali ngadap kek ni..mau berketoi-ketoi menelannya..haa tulah penangan sumpahan kek puding karamel ni oiii..dasyat tak korang ?
aq je dah berkali-kali membuatnya..then berbagai-bagai rupa dan warna kejadiannya..pernah dalam satu masa aq buat kek ni sampai 4 biji dalam sehari, " tunjuk muka bangga sikit hehee :)"
sekarang aq nak kongsikan pulak kat blog kesayang hamba ni..ecewahhh:P
resepi kek puding karamel ni hasil terjahan aq kat blog kak ita 
  yang super famous a'haakk..
 
 
 
 
 
  Kek puding karamel
 
Untuk gula hangus
2 tbsp gula pasir
sediakan loyang 8 inci
tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan
bila gula hancur dan warna bertukar jadi perang
ratakan gula dengan menyenget2kan kiri dan kanan
biar gula  sejuk
gula yang sejuk ini akan keras dan akan retak2 
berbunyi seperti kaca pecah
bila dah keras ketepikan

Bahan karamel

1 tin susu cair 
70 gram gula kastor 
1/2 tsp esen vanila
6 biji kuning telur
 
 kacau susu dan gula hingga larut.
kacau kuning telur dan esen vanila perlahan
satukan kedua-dua bahan dan kacau rata ~ perlahan saja ye..
kemudian tapis kedalam loyang yang berisikan karamel tadi ~ ketepikan
 
nota: sukatan bahan karamel diatas aq gandakan untuk mendapat karamel yang tebal..
 
 
Adunan kek bahan 1
 
70 gram gula kastor 
3 biji kuning telur
135 ml air
45 ml minyak masak
 
pukul kuning telur ,minyak dan air sampai gebu dan bertukar ke warna putih
kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda
 
Adunan bahan kek 2
 
140 gram tepung gandum
1 tsp baking powder
kedua bahan ini diayak bersama-sama
 
matikan mixer dan masukkan tepung yang diayak bersama baking powder tadi
sedikit demi sedikit dan kacau perlahan secara kaub balik hingga semua bergaul sebati dan sempurna ~ ketepikan
 
Meringue
 
6 biji putih telur ~ pastikan jangan tercampur sedikit pon kuning telur
70 gram gula kastor
1 tsp krim  of tar tar
 
pastikan semua peralatan dalam keadaan kering 
pukul putih telur hingga berbuih 
masukkan gula dan krim of tar tar terus memukul dengan speed tinggi hingga adunan kental dan kaku ~ kalau terbalikkan mangkuk adunan meringue tak jatuh,haa kompom jadilah tu hehe
masukkan 1/3 adunan meringue kedalam adunan tepung tadi,gaul rata secara kaub balik
kemudian masukkan semua baki adunan meringue dan ratakan dengan cara kaub balik perlahan hingga rata dan sempurna 
bahagikan adunan 3 bahagian sama banyak dan letak pewarna mengikut cita rasa korang
aq letak warna purple,biru,pink..soft colour giteww..
kemudian tuang adunan ke atas lapisan puding karamel tadi
belang2kan adunan ~ ikut stap yang ada
akhir sekali loretkan dengan lidi diatas adunan..jangan sampai terkena karamel tau!!!..
sebelum korang mulakan stap melapis kek ni,korang panaskan dulu oven pada suhu 170c selama 15 minit,then bila korang nak masukkan kek dalam oven turunkan ke suhu 160c guna api bawah sahaja di rak yang bawah..
bakar dengan kaedah stem bath,tuang air panas kedalam loyang yang lebih besar dari loyang kek kita tadi,then letakkan loyang kek kedalam loyang air panas tu dan bakar selama 1 jam
bila kek dah masak biarkan kek didalam oven ( pastikan korang matikan suiz dulu ea,kang rentung pulak kek kome  tu hehe :) ) sehingga kek merenggang di tepinya
terbalikkan kek ke dalam pinggang,biarkan kek turun dengan sendirinya..
 
jom kita pi tengok stap melapis kek puding karamel ni pulak..
 
peroses 1
4 sudu besar adunan purple diletakkan diatas adunan puding karamel
4 sudu besar adunan biru diletakkan diatas adunan purple
4 sudu besar adunan pink letakkan diatas adunan biru
ulang proses 1 sebanyak 2 kali ye..
 
proses 2
3 sudu besar adunan purple letakkan diatas adunan adunan pink
3 sudu besar adunan biru letak diatas adunan purple
3 sudu besar adunan pink letakkan diatas adunan biru
ulang proses 2 sebanyak 3 kali
 
 
proses 3
2 sudu besar adunan purple letakkan diatas adunan pink
2 sudu besar adunan biru letakkan diatas adunan purple
2 sudu besar adunan pink letakkan diatas adunan biru
ulang proses 3 sebanyak 2 kali
 
proses 4
1 sudu besar adunan purple letakkan diatas adunan pink
1 sudu besar adunan biru letakkan diatas adunan purple 
1 sudu besar adunan pink letakkan diatas  adunan biru
ulang proses 4 sampai habis adunan okay..
 
Alhamdulilah selesai sudah perkongsian resepi kek puding karamel ni..
nampak rumit je kan korang !!. haa kalau menjadi kek ni kompom nak try and try lagi
macam mana ada berani untuk mencuba ? :)
 
 
 
 

 
 

 
 
 
 
 
 

HARI KOKURIKULUM SK PEKAN NANAS

Assalamualaikum
 
hai readers semua salam pagi selasa 24hb disember 2013
lebih kurang seminggu je lagi kita nak menyambut tahun baru then sambut umur baru juga haha :D
haa pada adik2 juga semingg je lagi nak back to school kan !..
then jangan lupa bermula pada tahun 2014 ni hari ahad adalah hari diwajibkan bersekolah..oopss untuk kawasan Johor Darul Takzim je ye..haha
manakala jumaat dan sabtu adalah hari cuti persekolahan baru bagi tahun 2014,yang mana telah diperkenankan YM Sultan Johor
berbalik pada tajuk n3 aq hari ni..hari kokurikulum sk pekan nanas
citer yang lama di perview balik dengan alasan nak update n3 punyalah slow line broadband aq nak upload image mau 5 minit untuk sekeping gambo huhu grrrr..
so,alternative lain pi preview n3 yang lalu..haa kira dulu2 n3 aq yang ni takde di reader lahkan !! :(
mohh lah korang layan story yang dah berlalu hehe..






SK PEKAN NANAS,di mana tempat anak aq najwa dan najiha bersekolah
yang tak berapa nak jauh dari rumah aq lebih kurang 1 km je..haa dekat beno kann ! :)
sekolah ni mengadakan hari kokurikulum yang bermula dari seawal 7 pagi dan berakhir 6 setengah petang,sehari suntuk jugakkan karnival tu..tapi aq dok lah sehari suntuk pi sana..setengah hari pon aq rasa macam nak pitammm oii..dahlah kocek aq pokai di kejekan dua orang anak aq tu..ermmm mau tak pitam mak kau ni grrr...



sempat tangkap gambo lagi sebelum  kitaorang pi menerjah ke padang sekolah sk pekan nanas hehe..
korang tengok betapa baiknya anak aq Najwa kat cuosin dia..siap pakaikan kasut lagi,kompom ikut peel mak dia ni kann ! sbb rajin tolong owang hihihi..takpe aq angkat bakul sendiri2 :D




sampai je kat padang sekolah sk pekan nanas kita orang terus gi sini,pic atas yekk..sapa tau tempat apa ni ? haa nilah dia supa dupa tapi yakni versi mini okay..kecik jer supa dupa ni hihihi..tak sampai 30 orang kot yang boleh sumbat kat dalam supa dupa ni..but still enjoy dorang walau pon kecik jer haha..







pic yang kat atas pulak ialah gerai2 menjual berbagai-bagai makanan,minuman,cenderhati,prodak2 kesihatan dan juga prodak kecantikan..
setiap pembelian barang2 kat gerai ni,tidak mengunakan cash money sebaliknya kita orang kena tukar duit kepada kupon macam pic kat atas tu.









pic yang atas ni,antara persembahan yang ada kat karnival hari kokurikulum..tarian zapin yang dijayakan oleh anak2 prasekolah dan juga murid2 darja 1 S.K.P.N,dan banyak lagi persembahan2 yang lain seperti  karaoke pon ada..sesi bergamabar dengan maskot mickey & mini mouse pon ada juga,haa ni kena bayar ngan kupon yang bernilai 2 inggit untuk sekeping gambo,berbaloi kan..





karnival hari kokurikulum ni anjuran S.P.K.N,banyak jugalah menyediakan tempat2 yang boleh anak2 dan orang dewasa terjah,tapi not free kena bayar ngan kupon ye ikut harga tiket yang dikenakan..macam zoo,rumah berhantu,pertandingan memancing,menunggang kuda,mewarna dan macam2 lagi..kalau aq citer semuanya mau penuh wall aq hehe :D










   




korang perasan tak pic2 yang kat atas tu semua barang2 antigue kan !..ermm nak tau sapa pemilik barang2 ni semua ? ..cikgu Hazri lah pemilik tegar barang2 antique ni.
banyak juga koleksi barang2 antique cikgu Hazri ni..haa masuk sini pon kena bayar kupon rm 1 je murahkan ..
dah penat kitaorang meninjau2 kat  outdoor,sekarang pi masuk dalam makmal komputer pulak,pic kat bawah.










huuu leganya masuk dalam makmal ni  mak oii..sejuk je berpenghawa dingin gitu :)
  Najiha yang nak sangat masuk sini,nak main game katanya ermm..nasib baik tiket 50sen je huhu lega mak nak oiii..
panjang beno aq nya n3 harini,pegal juga jari2 dok menaip setiap bebelan2 yang kuar dari mulut aq hehe :D
okaylah korang jumpa next n3
  tataaa

PICNIC yehh !!! \。^◕‿◕^。/

Assalamualaikum..
Hai korang selamat berhujung minggu,mesti banyak plan korang harini kann ?
ada yang nak gi shopping barang sekolah anak,ada juga yang nak pi jemputan kawin..then ada juga yang nak jalan2 tepi pantai...haa macam pic kitaorang ni gi picnic kat pantai tambak pontian dekat je dari rumah 15 minit sampai sudah hehe..
tak kisahlah apa pon plan korang yang penting weekand korang hepi together with family uals tersayang right...
aq pegi  dengan mak2 kawan anak kitaorang ( hiss paham ke korang apa yang aq explain ni :D)
macam ni..kitaorang kenal masa masing2 pi ambik anak2 balik sekolah..then sebelum budak2 tu kuar,sempatlah mak2 budak dok bersembang-sembang,haa maka tercetuslah satu gathering huha huha ni ☺:D

haa korang nilah ahli gathering huha huha kitaorang hehe..then kitaorang pon buatlah cadangan, bawak bekalan dari rumah..tak kiralah kome nak bawak apa pon janji makanan ye dak !!
banyak juga bekalan makanan yang kitaorang bawak,aq je 2 jenis simple dish..resoles ayam dan sandwich telur mayonis..then air orange,kawan aq yang lain ada yang bawak mee rebus,buah2an,dan keropok ikan
tengok pic je dah tau kan betapa seronoknya kitaorang gather together,borak-borak sambil dok mengunyah..jangan sampai terbegek udah !! ^◕‿◕^hehe

 



macam mana korang ada plan  nak gi picnic tak harini

All right reserved me,family and kehidupan © 2013| Best View: Google Chrome