Assalamualaikum...
siapa ada ketumbit kat mata ?
dari dulu sampai sekarang mesti jadi bahan usikan..kononnya mata yang ada ketumbit ni selalu mengintai ' sekodeng ' orang yang tengah mandi atau buang air besar.
ermm kalau ketumbit tu kecik je..no hal..orang tak perasan kannn..
ni dah macam jerawat batu yang dok bertenggek kat tepi mata, sakit pulak tu..dan bertambah sakit bila ramai orang dok mengejek hehe..
image credit : by google |
Realitinya...
ketumbit sebenonya takde kait mengait langsung dengan aktiviti mengintai ' sekodeng ' ..sebenonya ketumbit ni sejenis keradangan di kelopak mata yang dijangkati kuman.
Punca terjadinya ketumbit
- Tekanan
- Pertukaran hormon
- Mengunakan peralatan solek yang sama pada jangka masa yang lama atau yang telah dijangkiti oleh bacteria
- Diabetis
- Kandungan lemak yang tinggi dalam badan
- Kekurangan vitamin dalam badan
aq pon baru je tau...yang ketumbit ni ada 2 jenis..dan juga seseorang boleh mendapat lebih dari satu ketumbit pada satu masa..tapi jangan risau tak merbahaya pon, just menjejaskan penglihatan seseorang yang terkena ketumbit
Sumber Info :Selangor2u
- Ketumbit akibat jangkitan kuman di pangkal bulu mata
- Keradangan disebabkan penyumbatan pada kelenjer yang menghasilkan minyak untuk menentukan bulu mata kalis air atau kalazion
- Pengunaan ubat titis antibiotik yang harus diletakkan kedalam mata bagi rawatan jangkitan kuman
- Pembedahaan kecil
- Menuam mata dengan kain yang direndam dengan air suam untuk mengatasi penyumbatan pada kelenjer di kelopak mata dilakukan sebanyak 3x seminggu ( untuk ketumbit jenis kedua )
Mata merupakan salah satu bahagian yang sensitif. So, jangan pandai pandai letak ubat tanpa nasihat doktor.
Sumber Info :Selangor2u
Bagus lah kak roha...rungkaikan persoalan tentang isu mata ketumbit...itulah ramai kan masyarakat terutama melayu suka sgt menghina org yg ada masalah mata ketumbit...bukan sekodeng...tp ia adalah masalah kesihatan dalaman yg perlu diambil perhatian serius...lg2 mata kan...haruss la kena jga dgn baik...part guna barang solek yg sama dlm jangka masa lama tuh Umi Qi kena ubah lah tabiat...suka sgt x tgk tarikh luput... :)
ReplyDeletep/s umi Qi nak add sis roha dlm list follower terjah...yeyyyy
ermm kena buang tabiat tu umi Qi..bahaya u heheee...:D
Deletethanks ye umi Qi, add akak :)
ketumbit, selalu orang pandang enteng hal ini... jika dibiarkan susah jugak, mama bawa pergi ke klinik je kak..
ReplyDeleteSalam Kak...
ReplyDeletekami lah rajin ngusik adik2 lelaki kat opis ni bila depa kena ketumbit.. ckap kat depa "tulah sapa suruh skodeng awek"..hahaha.. nasib baik sy jarng kena ketumbit ni kak.. :)
atie jangan join dorang skodeng tau..kang ketumbit pulak hehe :D
Deleteingat masa sekolah rendah dl..kena ketumbit..arwah mak boh buah pelita.. (pelita minyak tanah tuu..kat sumbu pelita ada bualt bulat..tu lah buah pelita)..ambil ltk kat ketumbit... cepat baik..time dulu laaaa... zaman 80 an dl...
ReplyDeletemacam2 kan izan petua dulu2..keluarga akak punya petua pulak..sapu hujung ibu jari kaki dan selawat 3x hehe..then yg paling best sapu tahi hidung kat ketumbit hahaaaa :D
DeleteTu lah. Tak der kaitan langsung ketumbit ngan intai org mandi. Habis klo bebudak yg kena ketumbit tu apa citer plak khenn.
ReplyDeleteGood info.
haa tu pon satu soalan cepumas gak tu fiza..sapa jawab ? :)
DeleteTq share yer..
ReplyDeletedulu kecik selalu gak kena ketumbit nih dah beso ni tak pernah kena lagi ..
sy pon lizz..kecik2 dulu adalah kena..malu tau nk kuar rumah hehe..siap ponteng sklh lagi :)
DeleteHaaa.... siapalah yg skodeng tu Roha:)
ReplyDeletePenyakit nak datang kena carilah ubat bukan skodeng punya pasal pun sebenarnya kan.
Kalau ikut petua keluarga kakak bila dah nampak bisul matanya cucuk sikit (ala siiikit aje) guna duri pokok limau atau kektus jgn guna kuku/jarum. Tak payah ke klinik pun :) tapi ok jugalah Roha petua keluarga kakak ni.
betullah kak..petua keluarga selalu diamalkan turun temurun..sy pon selalu jugak guna pakai petua yg turun temurun dr keluarga sy :)
DeleteHaha bila kena ketumbit ni org tua2 suruh sapu dgn air kencing sendiri. .Wekk..haha
ReplyDeleteyup PCL..sy pon penah dengar petua dulu2 ni..his his bertambah membiaklah kuman kat mata :)
DeleteTeringat zaman silam :) Kalau kena ketumbit ni kalau boleh memang nak sembunyi jangan bagi orang nampak. Tapi kalau perempuan tu apalah benda yang kita minat sangat nak skodeng :) Terfikir juga apa motifnya kena ketumbit ni dikaitkan dengan skodeng pulak!
ReplyDelete
Deleteorang dulu2 dok cakap jangan menyanyi depan dapoq..karang dapat laki tua hehe..mitosnya: takut apa yg di masak hangit lew tu hehe..
so, sekarang apa pulak mitosnya: ketumbit dikaitkan dengan skodeng..dok peninggg :)
.
kalau kene ketumbit ni leceh la. rasa tak selesa je mata tu
ReplyDeletebetul tu kak...setiap kali kena ketumbit je mesti org ckp duk mengintai org...tak baik kan
ReplyDeleteaduh..bisa sangat ni...lieya dulu kecik2 selalu kene...org kate darah kotor...sakit betul...nak sujud ke rukuk ke mmg rase mcm mate nak keluar....mujur makin besar ni sampai la skrang dah takde ketumbit tumbuh...
ReplyDeleteHihi.. orang tua2. Selalu cakap macam tu.. sampai kita generasi sekarang pun terikut2.. kalo ketumbut he, ngintai orang la tu.. hihi
ReplyDeletealhamdulilah..tak pernah kena ketumbit..tap dapat rasa kesakitan dan ketidakselesaan.
ReplyDeletenaniey selalu letak bawang putih pada ketumbit tu..cuma kena tahan pedih lah... tapi mujarab..hehe
ReplyDeleteaihhh...harap2 lah cik tak kene ketumbit ne..sakit juga ne kan kak roha..
ReplyDeletehihihi, so mmmg auta la kan kak?
ReplyDeleteKalau saya rasa mcm nak kena ketumbit tu, saya letak bawang putih kat rasa sakit tu… terus jer hilang setakat ni :)
Memang biasa dgr cm tu..eiii ko intai sape mandi tu... hihii
ReplyDeletetulaa.... asal ketumbit je mesti kata mengintai org mandi/buang air besar... time cuti sekolah aritu, 2 kali anak nrl yang Sofia ketumbit matanya... dah baik yg mula2 kena, x smpai 2 mggu lps tu ketumbit lagi tempat yang sama... so, nrl decide bwk je Sofia pi klinik... ^__^
ReplyDeleteTakutnya kalau kena ketumbit.....Tak ingat pernah kena ke tidak....rasanya tak pernah kena kot....
ReplyDeleteBetullah masa kecik dulu dulu mesti mereka kaitkan dengan sekodeng ek hehe
pernah kena ketumbit ni pastu adalah y cakap sebab skodeng orang..hahaha..
ReplyDeletekt sarawak panggil pitan ke ape xsilap...lupa lak..tp bukan ketumbit la..hehe...
ReplyDeletenice sharing kak roha..
Yelh mitos ni tak boleh nak pakai pun..pelik sgt moyang 2...
ReplyDeleteooo. baru tahu. hihi..
ReplyDeletesuami pernah kena dulu. letak bwang putih j