Potato Salad & Egg Benedict


Assalamualaikum

Selamat pagi semua...dah sarapan ker belum?...
hari akak buat brekpes sempoi jer..jadilah kan... janji kenyang..Alhamdulilah..haa dari tak buat langsung kannn ! hehe

Salad potato..sedap katanyer ! akak main agak2 jer sukatan dier..time kasih wat mamaFami's Spice n Splendour atas resipinyer c & p yerr kak ! macehh...


 kalau ikut kan mamafami salad potato di makan bersama chicken chop with blackpepper sauce..tiba kat kuarge hakak ratah cenggitu  tu jerkk....

wait !! hakak buat ni jugak untuk tambahan...
Egg benedict..( acam pelik jer bunyi dier kann ) hakak pon pestaim buat mende ni..sedap i tell u, tak rugi mencubanyer...tima kasih juga buat kak ita mintak izin share kat sini yer kak..c & p ler apa lagi..:D


 

 
buruk beno guper egg benedict akak gamaknyer...jauh ker beno ngan yak sifu ( kak ita ) bab ghase sama kottt...:D   janji anak2 and my hubby kenyang...


Egg Benedict


by : kak ita masam manis
Rujukan : My Resepi

Hidangan untuk 2 orang


2 biji telur
2 keping roti putih - dibuang tepinya
lada hitam - freshly cracked
Sedikit butter atau majerin
Garam
Sedikit oregano - ita tambah

Butterkan bekas muffin atau bekas membakar kecil yg digunakan.

Letakkan sekeping roti didalam bekas muffin. 
Butterkan roti, taburkan sedikit lada hitam dan garam.
Pecahkan sebiji telur ke atas roti. 
Tabur lagi sedikit lada hitam & garam. 
Ita taburkan sedikit oregano
Boleh juga ditaburkan sedikit cheese kalau mahu (optional)
Bakar pada suhu 180 C selama 15-20min atau hingga telur putih just set & telur kuning cair sedikit.
Sedia untuk di nikmati



potato Salad

by:mamafami 

3 kentang sederhana
2 biji telur rebus
mayonaise
saderi cina (daun saderi) - dicincang halus
blackpepper
sengkang minyak zaitun 


 cara akak yer....

1. Bersihkan kentang, potong kiub besar. Letakkan dalam periuk tambahkan air dan sedikit garam, rebus hingga lembut
2. Potong telur rebus ~ akak potong ikut citarasa akak jerk..
3. tambahkan kedalam kentang ~ gaul bagi rata
4. tambahkan mayonies dan jugak hirisan daun saderi
5. then minyak zaiton dan blackpepper ~ gaul bagi mesra dan sekata

siap....



Donut Kentang


Assalamualaikum...


bertemu di pagi jumaat...oohaiyouuuu?  menu brekpes dah kuar dah nih !! donut kentang manyak sodap then manyak lembut!!..untuk sajian brekpes di musim cuti sekolah ni...





kali ni akak ikut stap bay stap dan tak menderhaka pada resepi..akak ikut sebiji gedebuk cenggitu!
disebabkan akak nak dapat donut yang lembut dan sodapp...kenalah patuh dan taat pada resepi tak mau ngelat2 yerr dak!!...




resepi donut kentang ni hasil sekodeng akak kat blog Rosmarlin@jintanmanis.com
satu resepi yang mudah untuk di cuba dah opkos lah ghasenyer sedapp kann..anak2 pasti suka dapat makan donut ala2 big apple  jika kita salutkan coklat diatasnyer...kalau rajin lah yerr!!...hahaha. if not bubuh jer sugar powder ◕ ‿-。

jom layan resepi... 


Donut Kentang
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com


Bahan-bahanya

  •  250 gram tepung gandum
  • 80 gram kentang yang telah direbus dan dilenyek ( lebih kurang 2 biji kentang saiz kecil) ~ sejukan dulu
  • 2 sudu besar susu tepung/skim milk
  • 1 biji telur ( dipukul sedikit mengunakan garpu )
  • 80/90ml susu segar boleh ganti dengan air suam
  • 1 1/2 sudu besar marjerin ~ akak guna butter
  • 2 sudu besar gula
  • 4 gram yis ( 1 1/2  sudu kecil) ~ akak guna mauri-pan

Tips empunya resepi: susu tu ros letak sikit-sikit klu 80ml tu dah memadai dan doh ok, kita guna 80ml je, klu rasa keras guna 90ml, sebab saiz telur yang digunakan lain-lain kan, di sini kena pandai agak-agak ye, doh jangan lembik sanngat, nanti donut meresap minyak bila digoreng.




Caranya.
1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.

2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.

3.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.

4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba..



Cucur udang with cheese

Assalamualaikum...

salam petang rabu...opkos korang dah lunch kann...hakak makan bubur ayam ala2 mekdi jer harini, terguda dek penangan n3 mak tu hari,  di tambah pulak posting dari dak lya , menjadi-jadi ler keteringinan hakak ni..so,  hari ni hakak buat bubur ayam ala2 mekdi,  makan bersama ikan bilis goreng dengan  lobak masin ditambahkan dengan hirisan cili padi dan sayur kobis goreng....mau tak teliuq dibuatnyer ! :D

berbalik pada tajuk n3...

  Cucur Udang With Cheese




 haa.. bab cucur udang pulak hakak terguda dengan n3 kak Yatie, cucur udang lembut kata tuan empunya resipi...

sebagai sajian petang sesuai beno ghasenyer..nak2 time musim hujan belah petang kat Johor ni..
pekena pulak dengan secawan teh or kopi 0 panas memang kaw kaw arrr !..hehe

resipi cucur udang with cheese ni hasil selongkar hakak kat satu blog masakan indonesia..kalau kat sana lebih dengan panggilan Bakwan udang pada cucur udang ni..yang membuatkan hakak tertarik untuk mencuba resipi cucur udang ni disebab ada  tambahan cheese dalam resipinya..lain dari yang lain kannn ?

moh kita pi tengok resipi dulu..pasni boleh godek2 kat dapoq tu...

  • 100g tepung gandum
  • 30g   tepung beras
  • 1/2    sudu kecil baking powder
  • 1/2    sudu kecil garam
  • 1/2    sudu kecil pati / kiub pati ayam
  • 1/4    sudu kecil serbuk lada putih
  • 150 ~ 200ml  air  ( tuang sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi pekat
bahan yang ditumbuk halus
  • 3  ulas bawang putih
  • 3  biji bawang merah ( bawang merah yg kecik tu yer...)

bahan2 lain
  •  100g udang buang kulit dan cincang kasar
  •  15   ekor udang ~  sebagai hiasan ( hakak skip mende ni, terus cincang habis udang2 tu..hehe )
  •   30g  parutan cheese cheddar
  •  250g tauge ( haq ni pon hakak skip )
  •  2  biji carrot ~ di sagat  ( hakak guna sebiji jer )
  •  1/2 biji kobis ~ di hiris halus  ( hakak guna suku jer )
  •  2 batang daun bawang
  • 2  batang daun sop ( hakak guna daun bawang jer )
 ermm dasar penderhaka !! ..ikut suka suki hati jer nak ubah resipi yer...

  1. campurkan kesemua bahan2 then tuang air sedikit demi sedikit hingga adunan manjadi pekat
  2. goreng hingga garing dengan mengunakan api yang perlahan 
tips:mengunakan minyak yang banyak semasa mengoreng ( deep frying )









Padprik Bebola Ikan


Assalamualaikum...

Padprik bebola ikan jer lah.....




Pagi ni hakak nak kongsi resipi menu sejuk beku jimat masa, siap segera..nak2 bagi wife yang berkerjaya kann ! memandangkan  kekangan masa mereka2 yang berkerja dan sewaktu dengannya... oleh yang demikian kita masak masakan yang simple but delicious to eat ", )
 
Padprik bebola ikan bukan sahaja mudah nak di sedikan malahan harganya juga berpatutan di samping ghasenyer yang sedap! dapat menjimatkan masa... haa tu yang penting kann korang ? ..hehe




hakak yang dok umah hari2 ni pon pening pikiaq nak masak apa untuk makan tengah hari or dinner...hari2  puas dok ejas menu ni, menu tu last2 sejuk beku jadi pilihan..
padprik bebola ikan ni menu kitaorang malam tadi makan dengan nasi hangat dan tambah telur dadar udah leer...bertambah tambah jadinyer..hehe

mohlah kita tengok resipi kali ni...





Padprik bebola ikan

Bahan2nya:
  • 10  biji bebola ikan
  • 1/2  labuh bawang besar ~ di hiris
  • 1   ulas bawang putih ~ di cincang
  • 4   keping daun limau purut
  • 1   batang serai ~ di titik
  • 10  tangkai cili padi ~  di hiris ( jika tak nak terlalu pedas sila kurangkan )
  • 1    batang carrot ~ potong ikut citarasa
  • 1    sudu makan lada kisar
  • 2    sudu makan sos tiram
  • 2    sudu makan sos cili
  • 2    sudu makan kicap pekat ( drak soy sauce )
  •       sedikit air untuk kuah

  1. Tumis bawang besar dan bawang putih dan serai hingga wangi, lepas tu masukkan lada kisar dan kacau hingga pecah minyak
  2. kemudian masukkan sos tiram, sos cili, kicap pekat dan cili padi, gaul bagi rata
  3. masukkan bebola ikan, carrot dan daun limau purut then tuang sedikit air kacau bagi rata
  4. tunggu hingga kuat pekat sedikit dan angkat
  5. hidangan sedia untuk dinikmati

hakak tak boh garam n gula lagi just masukkan 1/2 kiub pati ikan bilis jer..if korang nak boh jugak terpulang pada citarasa...

Puding Roti Bakar Bersama Sos Kastad


Assalamualaikum...


bertemu di pagi isnin....apa kabar semua ? hope not monday blues hokey...
alhamdulilah semalam bumi Johor di basahi hujan..setelah sekian lama dok gersang jer.. " uikss macam orang pulak dah dok gersang yerkk..  " hehe

dek kerana hujan yang agak berpanjangan semalam, haq tu yang hakak bantai membuta jer..pi jengok blog pon idak..nak blogwalking lagi la..anak2 pi sekolah, my hubby pi keje..nak masak lunch awal lagi..so, sambung tidoq ler jawabnya..hehe

belah petang mood rajin pulak muncul macam2 nak buat...tapi kalau terlebih malas satu mende pon langsung tak terbuat ! ni kira rajen la ni belen2 roti  ada...haa boleh buat puding roti bakar bersama sos kastad sesuai beno dimakan time hujan renyai2 ...mudah cepat dan lazatt....





puding roti bakar ni lebih sedap dimakan masa panas2 lagi,..
lepas tu tuangkan sos kastad adoii haiii lemak berkerim ghasenyer....
sesuai untuk minum petang or sarapan pagi...mudah ringkas sudah semestinya sedap ! yer dak ?




harini hakak nak kongsikan satu lagi resipi yang sangat ringkas sesuai kalau kita nak buat high tea.
Sesuai dihidangkan sejuk atau panas.terpulang pada citarasa korang hokey !
resipi ni hakak intai - intai kat dapur Hana's family...
Jom kita lihat bahan-bahan yang di perlukan, pas ni bolehlah godek2 kat dapur tu ye! hehe


RESEPI PUDING ROTI BAKAR DENGAN SOS KASTAD
sumber : Hana's Family

Bahan-bahan

  • 7-8 keping roti
  • * 500 ml susu segar @ 2 cawan
  • * 4 sudu besar gula halus
  • * 2 biji telur
  • * 1 sudu teh esen vanilla
  • * 1 sudu kecil serbuk cinnamon
  • 2 sudu besar butter - cairkan
  • 3 sudu besar kismis
Untuk Sos Kastard
  • 1 tin susu cair
  • 1/4 tin air (guna tin susu cair tadi)
  • 2 sudu besar tepung kastad
  • 2 sudu besar gula 
Cara-cara

  1. Sediakan mangkuk. Satukan bahan-bahan yang bertanda *. Koyak2kan roti dan masukkan ke dalam mangkuk tadi.Biarkan terendam dan meresap seketika.
  2. Masukkan separuh kismis dan juga butter cair .Gaul sebati. Kemudian tuang ke dalam loyang/bekas yang telah digris dengan sedikit butter.Taburkan baki kismis diatas adunan.
  3. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.
  4. Untuk membuat kuah@sos kastad - Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat. (kepekatan ikut selera masing2)
  5. Tuang ke atas puding roti tadi. Jika suka sejuk, masukkan peti sejuk dahulu sebelum dipotong dan dituang sos kastad. 





Makaroni bakar ala Johor



Assalamualaikum..

selamat pagi u olls..korang dah sarapan ? busy la tu sampai lupa nak bekpes, almaklum la kan masa cuti ujung minggu ni la semua keje dok menunggu untuk di settle kan, hendak2 bagi para isteri yang bekerjaya.. ermm dari segi mengemas ~ membasuh pakaian ~ mencuba resipi hehe  " ada ker? " semua di lakukan pada hujung minggu kan.. but not on a housewife macam aq,  the day have to do..nak wat cam ne dah tanggung jawab kannn..:)




Makaroni bakar ala Johor, kata  Che Mat  tuan empunya resipi oner Dapur tanpa sempadan





kalau che mat guna acuan muffin untuk membakar makaroni ni..tiba kat aq lain pulak citernya dan gayanyer..biasalah kalau resipi dah sampai ketangan penderhaka macam hakak ni memang tak sah if tak derhaka pada satu resipi yang di cuba..salah satu penyebabnya kekurangan stok bahan2 untuk makaroni bakar ni.  so,  guna apa yang ada jer kat dapoq hakak ni..





macam che mat campurkan kacang panggang ( baked beans ) dalam resipi makaroni bakar ni..aq derhaka so, aq tukaq cendawan butang ( ayam brand ) mengantikan baked beans..dengan alasan malas nak pi ketuk pintu kedai pagi2 buta..hehe
then ada lagi yang aq derhaka pada resipi makaroni bakar hak milik CMG ni..." korang nak tahu tak ? " moh tengok resepi kat bawah ni...

opss..sebelum tu, mintak izin yer abang Mat.. C & P resipi makaroni bakar ala Johor kat sini..tQ :)


Makaroni bakar ala Johor
sumber : Dapur tanpa sempadan


BAHAN-BAHANNYA
1 cawan makaroni yang belum direbus jenis kecil, rebus hingga lembut dan toskan
2 batang sosej ayamas, didadu kecil
1 tin kecil baked beans (cap AYAM) ~ aq gantikan dengan cendawan butang
1 biji bawang holland saiz sederhana, dadu kecil
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 biji cili merah, buang biji dan dadu kecil
1 biji cili hijau, buang biji dan dadu kecil ~ aq tak letak..dah habis stok
1/2 camca besar rempah beriani (Baba's)
1/2 camca besar rempah kari daging (Baba's)
Garam secukup rasa
3 camca besar minyak zaitun ~ aq guna minyak biasa
4 biji telur gred A
100 ml susu rendah lemak
1/2 camca teh lada hitam yang ditumbuk halus
1/4 camca teh garam
Parutan keju mozarella secukupnya ~ aq gantikan dengan parutan keju cheddar
Sos cili untuk dimakan bersama makaroni bakar
 
  CARA MEMBUATNYA
  1. Panaskan minyak dalam kuali (che mat guna non-stick pan). Tumis bawang holland dan bawang putih hingga harum, masukkan rempah kari dan rempah kurma, kacau rata dan masak sekejap. Guna api kecil. ~ aq kuali non stick
  2. Tuang baked beans, gaul rata dan masukkan makaroni, kacau rata. Tambah garam secukup rasa dan masukkan cili merah dan cili hijau yang didadu. Gaul dan masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Biarkan sejuk sebentar. ~ so, aq tuang cendawan butang yang aq hiris tipis.
  3. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser acuan muffin dengan mentega (acuan muffin berkapasiti 1/2 cawan). Dalam satu bekas, masukkan telur, susu rendah lemak, lada hitam dan garam, kacau rata dan ketepikan.~ aq just gunakan loyang yang bersize 7 inci..then lenser dengan butter.
  4. Sudukan makaroni yang telah siap dimasak tadi ke dalam acuan muffin hingga penuh. Kemudian tuang perlahan bancuhan telur hingga penuh, buat hingga siap. Taburkan sedikit parutan keju atasnya dan boleh dibakar 30 minit atau hingga masak. Keluarkan dari oven dan boleh hidangkan bersama cili sos, untuk minum petang atau sarapan pagi.




haa korang nilah kejadian makaroni bakar yang hakak derhaka tu..amacam ada berani nak derhaka macam yak hakak ni ?  hehe
lupa nak habaq hakak siap tambah hirisan daun bawang dan juga hirisan  Meatballs lagi..see ! bape banyak hakak dah derhaka!
but!!  
still delicious for the try....:)





Solution bagi google friend


Assalamualaikum..selamat petang jumaat u olls...

Dah 2 hari google friend tak boleh nak ' sing in ' or nak meng follow kekawan...
dalam hati dok berkata maybe blogspot bermasalah kot !

so, hari hakak try n erro..sampailah hakak jumpa solution nya
then berjaya juga untuk meng ' follow '....nak tahu ? jom tengok tuto di bawah ni...


  first korang klik sing in kat mana2 blog yang korang nak follow
korang akan klik FOLLOW THIS BLOG kann !!
then dier akak kuar gambar macam ni... dengan tulisan WE ' RE SORRY...alah macam gambar kat bawah ni..



apa yang korang kena buat ?
korang klik jer  MORE OPTIONS..macam gambar yang hakak tandakan kat bawah ni...


tunggu beberapa saat...
then dier akak kuar gambar macam ni pulak...



so, korang just klik macam yang hakak dah tanda tu...
lepastu dier kuar gambar ni kan ...?


haa korang klik DONE...maka done lah hehe..
tak caya menjadi mai tengok gambar ni pulak....




hakak berjaya..korang ? now try this tuto !
so, boleh start meng ' follow ' balik hehe..selamat mencuba! good luck korang...

Puding Roti Pelangi


Assalamualaikum..

salam pagi jumaat penghulu segala hari....sure memasing dah bekpes kann?
hakak bekpes puding roti pelangi pagi ni..resipi asal dari dapur hana's family , pestaim buat tu hari masa bulan pose taun lepas..


semalam tekak teghase nak makan puding roti ni semula...



tu yang mengagahkan diri walaupon symptoms batuk dah menguasai tekak hakak yang dah perit semacam ni...

resipi asalnyer puding roti marbel..tapi dah hakak suka derhaka dan juga suka bermain dengan kaler2, maka jadi la guper  kaler pelangi  kat puding ni... hehe

tapi idak la derhaka pada resipinyer, still sama...just tang kaler jer yang berubah..ampunn yer kak hana... hehe




lepas lunch semalam terus ngap plak puding roti pelangi ni..dessert yang sejuk dingin lembut... arghhhh!!

adoii tu yang laju jer masuk mulut, bukan 1, 2 ketui berketui2 jadi penghuni peghot hakak ni..

nasib baik knor bagi tips  macam mana nak kempis kan lagi peghot kat n3 hakak semalam..tQ yer Nor..

moh lerr kita tengok resipi puding roti pelangi milik hana's family ni..hakak mintak ijin share recipe kat sini yer hana...copy n paste gitew..:)


PUDING ROTI PELANGI
sumber by:Hana's Family


Bahan-bahan

  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 8gram serbuk agar2 @ sepeket
  • 1/2 cawan gula - bleh kurangkn
  • 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
  • 31/2 cawan air = hana guna cwn biasa 230ml.
  • pewarna merah,kuning dan hijau. (terpulang masing2 )
Cara-cara


  1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
  4. Bahagi kepada 3. masukkan warna pilihan dan kacau sebati. (hana gune merah,hijau dan kuning)~ hakak guna kaler pink, hijau, kuning
  5. Ambil sesenduk warna hijau dan tuang di tengah2 loyang. kemudian ambil sesenduk warna merah, tuang di atas warna hijau tadi. biarkan puding gerak sendri ke tepi. tk payah ratakan atau kacau. kemudian ambil pula warna kuning tuang di atas kaler hijau pula. ulang smula kaler merah dan buat hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan cepat sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
  6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk.



#Doa untuk MH370...selamat berhujung minggu....◕‿◕

3 Jenis makanan untuk perut buncit



Assalamualaikum...

salam pagi kamis...amacam tajuk n3 hakak pagi kamis ni.. ada yang berkaitan ? hehe
ker u olls pernah tak mengalami situasi macam ni?

" tipa oii , kome berisi lagi ker... nampak ' buncit '  jer perut tu" haa kalau buncit perbuatan encik suami it s okey lerr... hehe

Opstt buncit lepas bersalin adat la kan !..but jangan la sesekali biarkan buncit lepas bersalin tu jadikan " kawan baik pulak "  untuk selama2nya.. hihii

 haa.. kalau buncit dik lemak tepu adoii..awat pulak bunyinyer ? :)





tak yah nak worri worri sangat ada jer cara solution nyer..how ?
jemput baca artikel kat bawah ni
tentang cara untuk mengawal lemak-lemak yang berlebihan di perut yang menjadikan perut anda BUNCIT.




Kebiasaannya, menyingkirkan lemak di perut adalah langkah awal yang diambil apabila anda bercita-cita ingin menurunkan berat badan. Jadi, apa yang anda perlu lakukan adalah mengikuti jadual senaman yang telah dirancang dan mematuhi diet pemakanan yang telah ditetapkan.

Diet ini mengandungi beberapa jenis makanan yang boleh mempercepatkan proses penyingkiran lemak. Berikut adalah senarai jenis makanan yang dapat membantu proses tersebut;

Protein

Protein yang dimaksudkan adalah protein tanpa lemak. Badan anda membakar kalori untuk mencernakan makanan. Menurut kajian, makanan yang mempunyai protein yang tinggi memerlukan kalori yang banyak untuk proses pencernaan yang juga membantu meningkatkan proses metabolism. Ayam, daging merah, dan putih telur adalah contoh makanan yang mempunyai protein yang tinggi.


Makanan berempah

Tentu anda pernah mengalami situasi di mana anda berpeluh-peluh setelah memakan makanan yang pedas atau mengandungi rempah ratus. Hal ini disebabkan rempah ratus seperti lada dan cili mengandungi capsaicin yang membantu merangsang kadar metabolism tubuh anda, membakar lebih kalori dan meningkatkan penyingkiran lemak.


Sayur-sayuran hijau

Sayuran hijau adalah antara makanan yang terbaik untuk perut anda. Kebanyakan sayuran hijau mengandungi kalori yang rendah tetapi tinggi dari segi kandungan fiber. Fiber yang tinggi menjadikan perut anda berasa kenyang untuk jangka masa yang lama. Bayam, timun, brokoli dan kacang hijau adalah pilihan yang baik untuk menu salad atau snek anda.


Jika nak berjaya dalam sesuatu yang u all lakukan, JANGAN SESEKALI WUJUDKAN ALASAN..!! (",)

sumber:mylaunchpad.com
Picture by : Google.com

Wordless Wednesday Line#10


Assalamualaikum..

Ya ALLAH perkenankan la doa kami semua..Amiin Allahhumma Amiin



 Terangilah jiwa kami dengan cahayaMu..

sebagaimana Engkau telah menyinari bumi dengan cahaya matahariMu..

Bimbinglah langkah  dan sinarilah hati kami dengan petunjuk MU...

semoga di permudahkan segala urusan pencarian pesawat MH370 dengan izinMU..



Red velvet cake



Assalamualikum..

Salam bersiaran di pagi isnin, apa kabar semua? dengan keadaan cuaca yang agak panas dan berjerebu ni rata - rata ramai yang mengalami batuk bersekali demam termasuk aq la yang mula ada tanda2 nak batuk...

sebelum tu mari kita sama - sama mendoakan agar dipermudahkan segala urusan untuk menemukan pesawat MH370 dan keselamatan  para penumapang dan juga krew pesawat MH370,semoga Allah permudahkan segala urusan mereka amin...

so, hari hakak nak tayang citer minggu lepas...alah citer si baldu merah ni haaa...




ni kira menyahut cabaran anak sulung aq la yerkk.. " mak buat la red velvet cake ni ! asyik salin resepi jerk buat tak  jugak ..masuk ni syasha tengok dah tiga resepi yg mak salin "  haa kome tengok dan baca apa yang anak aq cakap!   his his tak boleh jadi ni..kena buat ker ?  " kakak makan ker kalau mak buat ? " tanya aq pada depa..then anak no 2 aq pon jawab.  " mak, buat lebih eah ! jua nak bawak pi sekolah agama nak bagi kat kawan boleh ? "    then aq pon jawab...." esok boleh  Najwa ? "





maka bermulalah projek aq..si baldu merah menjadi pertaruhan pada pagi jumaat.
aq pon baca setiap resepi red velvet cake yang ada dalam simpanan aq. so, decide resepi yang ni menjadi pilihan Easy Moist red velvet cake..



resepi si baldu merah ni hasil sekodeng aq kat Old School Cooking For The Modern Woman. Divas can cook yang famous dengan pelbagai resepi kek tu..now! aq kongsi kan kat sini pulak.

okeh stop story..jom layan resepi pulak...


Easy moist red velvet cake

by: Divas can cook
Translate by: Rohahassan


2 cawan tepung gandum
1 sudu teh
baking powder
1 sudu teh
soda bikarbonate
1 sudu teh garam
2 Sudu  serbuk koko
2 cawan gula ~  aq guna gula halus
1 cawan minyak sayuran / aq guna minyak jagung mazola
2 biji telur / aq guna telur gred A
1 cawan  buttermilk
2 sudu teh esen vanila

1 sudu besar pewarna merah
1 sudu teh cuka masakan
½ cawan air kopi kosong panas ~  aq guna nescafe O panas jer  (jangan skip bahan ini



  •  Panaskan oven pada suhu 170C ~ 180C bergantung pada kepanasan oven
  • sediakan cawan kertas 20 biji ~  ketepikan
  •  Dalam mangkuk yang sederhana , gaul tepung ,soda bikarbonate  , baking powder , serbuk koko dan garam. Ketepikan.
  •  Dalam mangkuk besar , satukan gula dan minyak Campurkan telur, buttermilk,  esen vanila dan pewarna merah gaul  bagi rata ~ aq gunakan whisk jerk..
  • Tambahkan air kopi panas dan cuka masakan
  •  Tambahkan bahan tepung yang di ayak sedikit-sedikit dan gaul adunan rata
  • Tuangkan adunan kedalam cawan kertas ~ jangan penuh sangat tau! better 3/4 penuh jerk
  • Bakar 18 ~ 20 minit @ hingga masak
  •  Sejukkan sebelum dihias ikut kreativiti masing. Lagi sedap dimakan keesokkan harinya.so, moist gitew..


 untuk resipi buttermilk dan juga cream cheese frosting aq sambung esok eah! panjang beno ghasernyer n3 aq pagi ni..muntah karang kome membacanyer..hehe

Siakap Sweet Sour



ASSALAMUALAIKUM...

jumpa di pagi sabtu..salam hujung minggu semua...dah plan nak masak apa weekend ni?
aq ! dalam mood cuti gamaknyer..5 hari dok bersilat gayung kat small kitchen penat jugak weii, so decide untuk rehat dari memegang periuk belanga kat dapoq hari ni... hehe



ermm best kan if  encik hubby ofer diri...masak untuk lunch  time weekand macam ni..but my hubby takdernyer, lebih rela kuar duit untuk pegi makan ghasenyer :D

berbalik pada tajuk n3 aq hari ni...






siakap masam manis ni aq masak semalam petang untuk dinner kitaorang, haa kali ni aq masak tak pi terjah memane blog pon,  just ikut feel tekak aq jer buh apa yang patut if ada rasa masam manis udah ler..




selain siakap masam manis, kangkung belacan my favourite pon ada.. uiss mana acikan makan ikan jerk. but i till u che senah oii!!  aq sorang jer yang makan kangkung goreng belacan ni, my hubby ngan anak2 memang depa tolak tepi kangkung ni, hakak muh sorang nilah pi perabis...☹ 




Siakap Sweet Sour


1 ekor ikan siakap di perap bersama sedikit kunyit serbuk, garam dan 2 sudu besar tepung jagung


bahan untuk menumis

1  batang serai di ketuk
1/2  inci halia di hiris halus
1/2  inci lengkuas di ketuk
2 ulas bawang putih di ketuk then cincang halus
1 biji bawang holland di hiris 
2 biji cili merah di belah 4 ~ buang biji
3 helai daun limau purut
1  sudu besar cili kisar
2  sudu besar sos tiram
3  sudu besar sos cili 
1   sudu kecil sos  ikan ~ tak letak pon it s okeh !
garam & gula secukup rasa
1/2  cawan air if nak kuah lebih sila tambah sendiri :)


bahan hiasan

carrot 
nenas
tomato
sedikit daun ketumbar 


caranya...

goreng ikan siakap hingga masak dan garing di kedua dua belah ikan, angkat toskan dan letakkan di pinggan yang sesuai ~ ketepikan

panaskan sedikit minyak tumis bawang putih,halia,lengkuas dan serai hingga wangi

masukkan cili kisar, tunggu hingga cili garing masukkan sos tiram,sos cili then sos ikan tambah kan air..

masukkan carrot,nanas, tomato dan bawang holland

perasakan dengan garam dan gula..tunggu hingga memdidih baru masukkan daun ketumbar 

then tuang keatas ikan siakap tadi..done ! :)



tips: untuk menghilangkan lendir or hanyir ikan air tawar just perap dengan jus limau kasturi selama 15 minit, then cuci hingga bersih..




 

Agar -agar milo lapis oreo


Assalamualaikum..

salam bersiaran di pagi kamis...dah plan nak masak apa? loooo tak larat nak masak! sebab air masih bercatu ker ?  or takder selera nak makan time cuaca panas membahang ni...

haa apa kata try buat dessert ni agar-agar milo lapis oreo..




simple but yummy for tea ",)

sesuai sangat dimakan masa musim panas ni..nak2 lagi yang baru kuar dari peti ais...sejuk nyaman jerk lalu kat anak tekak :)
resipi ni aq ciluk kat majalah rasanyer..selalu jugak ler aq buat  agar2 ni...nak kata every day tipu nah la kan!




jom ler kita tengok apa bahan yang nak digunakan...


Agar-agar milo lapis Oreo

loyang 8inci persegi
1  bungkus serbuk agar2 ( 10g)
750 ml air 
160g  gula
1  tin susu cair 
3/4  cawan milo
1   bungkus biskut oreo ( 137g ) ~ dipatah-patahkan, jangan di buang cream tengahnya





cara-caranya


  1. masak serbuk agar2 dan air sehingga larut, masukkan gula dan masak sehingga gula larut, masukkan susu cair kacau bagi sebati masak hingga adunan mendidih
  2. asingkan 2 cawan ke dalam periuk lain, campurkan dengan milo dan kacau hingga sebati
  3. tuangkan 1 cawan adunan milo kedalam loyang yg di basahkan dengan air terlebih dahulu, biarkan adunan milo beku / keras sedikit ...adunan milo yang selebihnya kita panaskan diatas api yang paling kecil bertujuan agar adunan tidak beku..
  4. apabila adunan milo di dalam loyang agak mengeras, tuangkan adunan plain diatas adunan milo tadi semua sekali then taburkan biskut oreo yang dipatah-patahkan tadi..biar adunan mengeras / beku sedikit..
  5. akhir sekali tuangkan adunan baki adunan milo tadi
  6.  sejukkan dalam peti ais, sebelum dihidangkan...
tips: pastikan adunan masih panas..better suam2 kuku apabila menuang keatas lapisan sebelumnya, then jangan tuang sekali banyak..gunakan sudu kecil secara berperingkat ...bagi mengelakkan adunan bercampur..


All right reserved me,family and kehidupan © 2013| Best View: Google Chrome