Cereal Chicken


Assalamualaikum


pernah makan Cereal Chicken ? atau lebih senang ayam bijiran segera..
hari ahad yg lepas aq buatkan untuk anak2..sebagai simple dish, buat lauk pon boleh jugak !
ermmm kat rumah aq..dorang semua buat rata-rata jew cereal chicken ni..
 
 

nilah gupernya cereal chicken tuu...
hari ni pon aq dapat requast dari dorang ni, suruh buat mende ni lagi..
 fondness dorang ni memang ayam je..makanan sejenis seafood mmg tak jalan 
ermmm boleh gitew...:)
 


  aq pulak kurang gemor cereal chicken ni..sebab rasa dia macam snak, manis masin lemak..
sebab tu anak2 aq dorang main rata2 jew... macam junk food je di buatnya , "  kalau buat lauk macam tak best jew makkk ! " itu yang dorang cakap..urmm
 
kalau rasa korang nak mencuba ! ! jom chek list bahan2nya...
 
Cereal Chicken

satu bungkus crispe cereal chicken
paha ayam yang dibuang tulangnya  dan dipotong-potong kecil ~ aq tak buang pon potong tiga je hehe..
cili padi ~ ikut korang nak pedas letak lah lebih
daun kari ~ agak2 jew
marjerin 1 sudu besar
2 biji telur ~ pukul mengunakan whisker
 
Cara - Caranya

goreng ayam hingga masak
panaskan marjerin, kemudian masukkan telur kacau bagi telur hancur ~ ketepikan
goreng cili padi dan daun kari dengan sedikit marjerin sehingga wangi, kemudian masukkan crispe cereal chicken dan goreng bersama-sama
masukkan ayam dan telur goreng tadi, kacau bagi rata..siappp
 
 
" Crispe cereal chicken instant ni aq beli kat econsave..kat mana2 pon ada kott ! "

selamat berhujung minggu..




TALI PUSAT TELUR


Assalamualaikum


very good morning to all :) let start our day with a smile ◕‿◕
 
mai.. rapat - rapat sini, aq nak tanya ni..
korang kenal tak !! tali pusat telur ? 
 
 
 

haaa nilah dia tali pusat telur...
tau kannnn....! :)
pada kebiasanya telur yang segar akan ada 2 tali pusat ni..bagi telur yg agak lama maybe kelihatan satu je..macam pict kat atas tu..
 
kadang2 kalau kita buat sesuatu makanan yg banyak mengandungi telur..akan terasa sedikit hanyir kan! hendak2 kastad atau pon sejenis kuih talam..
so, kita kena buangkan tali pusat telur ni..ini juga dapat membantu mengurangkan bau hanyir telur..selain kita menambah esen vanila

" tapi ingat !!  tak semua hidangan tau..disarankan membuang tali pusat telur ni..
just aq sarankan pada kastad, untuk mendapatkan tekstur  yang licin dan smooth..dan juga pada kuih talam "

jumpa next entry ..tataaaa..


Kesekian kalinya...



Assalamualaikum...

hai guysss...salam pagi selasa :)
uisss..apa yang kesekian kalinya tuuu..?
ni haaaa...
 

Talam Roti Paun
 
talam roti paun..untuk kesekian kalinya aq buat..walau agak rumit dan leceh cara nak membuatnya , ♪  dari dulu lagi aq suka kannyaaa..♩♫  " pinjam lirik mark adam hehe.."
 
PENCURI ..mark Adam

aq suka dengar lagu dia ni..baik  version melayu or inggeris..:)

uiss...jauh lari dari tajuk gamoknya hehe..moh sambung balik , aq buat talam roti paun ni masa weekand tu hari..tekak dok teringin nak menjamahnya..so, tegar kan hati untuk membuatnya hehe..walau banyak stap2 yg terpaksa aq tempuh..anak tekak punya pasal , redhooo jew lah :D


resepi talam roti paun ni hasil selongkar kat blog kak Ita masam manis
 
aq.. kalau bab selongkar  menyelongkar ni memang hobi banget niiii...:D
blog yg terkenal dengan pelbagai resepi yg super yummy....
moh !!.. kita chek list segala bahan2 yg digunakan...
 
Talam Roti Paun
* Lapisan bawah
  
4  keping roti butterscoth  ~ brand gardenia
3  keping  roti choco raisin ~ brand gardenia
1  biji telur 
1/4  cawan  gula halus
secubit garam
100 ml  santan pekat  ~ aq guna santan kara
125 ml   air
1/4  tsp esen vanila 
 
caranya...
  1. panaskan kukusan
  2. sediakan loyang bulat 8 inci , oleskan dengan minyak di keseluruhan loyang , alas dengan pelastik , oleskan juga minyak pada pelastik
  3. kedua roti di carik2  ~  aq belah 3 jew ~ ketepikan
  4. satukan kesemua bahan2 dan kacau dengan whisker hingga sebati 
  5. masukkan roti tadi dalam adunan dan rendam selama 30 minit atau hingga roti lembut dan adunan telah meresap kedalam roti
  6. tuang adunan dalam loyang , tutup loyang dengan aluminium foil @ balut tutup kukusan dengan kain 
  7. kukus selama 25 minit
** sementara menunggu adunan masak kita sediakan lapisan tengah pulak..
 
* Lapisan tengah
 
 
1/4   cawan tepung gandum
1/4   cawan  gula halus
1   biji telur
100 ml   santan pekat ~ aq guna santan kara
100ml   air
secubit garam
sedikit pewarna hijau
sedikit perasa pandan / pandan emolco
 
  1. satukan kesemua bahan2 , kacau mengunakan whisker hingga sebati
  2. tapis adunan ke dalam periuk dan masak mengunakan api yg kecil
  3. sentiasa mengacau adunan hingga naik wap
  4. adunan jangan terlalu pekat dan terlalu cair ~ angaran macam susu pekat manis ~ tutup api
**bila lapisan bawah dah masak ~ keluarkan lap jika ada air dipermukaan kuih mengunakan tisu dapur , cakar2kan permukan kuih dengan garpu then tuangkan lapisan tengah ~ kukus 25 minit lagi
sementara menunggu lapisan tengah masak..kita sediakan pulak lapisan atas..
 
 
**Lapisan Atas
1/4   cawan tepung kastad
1/4    cawan gula  halus
100ml santan pekat kara
100ml  air
2 biji telur
1 tsp esen vanila
secubit garam
pewarna kuning
satukan semua bahan2 , kacau mengunakan whisker hingga adunan sebati
tapis adunan dalam periuk dan masak dengan api kecil
sentiasa mengacau adunan hingga naik wap
jangan terlalu cair dan terlalu pekat
angaran macam susu pekat manis ~ tutup api
 
**ulangi proses yang sama untuk lapisan tengah..
kukus 25 minit @ hingga masak
tips: untuk memotong kuih talam agar kemas..gunakan pisau pelasti yg dioles dengan sedikit minyak

moh !!. kita menalam pulak....:)
 
 



Mengapa tidak cuba rawatan ni ?


Assalamualaikum...
 
 
 


adoiii sakit sakitnya kepala aq!...
korang penah sakit kepala ?  aq ! selalu jugak..kebiasaannya apabila aq diserang sakit kepala yang teramat sangat..  hendak2 time nak menstruate prghhh..!!  perkara petama yang aq cari dah tentunya Panadol..tak kiralah activfast ke , or Panadol yg biasa tu..janji itu obat boleh legakan sakit kepala...
 
 
" uiss baby pon reti sakit kepala haha..ni of coz tak cukup susu ni kannn..:D "

terpikir juga..sampai bila nak bergantung pada obat je kan !..takde ke cara lain ?
asal sakit kepala je makan obat..tak pasal2 penyakit lain pulak jadinya huhu..sampailah aq terbaca satu  article of mylaunchpad.com.my...Legakan sakit kepala dengan yoga !
 
 
 
 Tahukah anda bahawa senaman yoga sangat membantu untuk meredakan sakit kepala? Tarik nafas dalam sambil membuka leher, bahu dan tulang belakang bantu peredaran darah ke kepala lalu redakan sakit kepala anda.
  Daripada bergantung kepada ubat-ubatan, mengapa tidak cuba kaedah rawatan yoga ni kan ?

Cuba amalkan posisi yoga ini contohnya untuk 10 tarikan nafas atau lebih lama jika anda miliki masa lebih. Tidak perlu terlalu bergantung kepada ubatan, ada sahaja cara semulajadi untuk bantu jaga kesihatan

haa kena cuba  this method..mana tau mujarab!!..tak dicuba..mana nak tau kan ? so, apa lagi coba try test...hahaaa :D
haa..korang kaedah ni pon terbukti mujarab tau!!..

Terbukti yang sujud di dalam sholat mampu mengubati migrain atau sakit kepala...selain yoga..

korang ada cara lain untuk mengatasi sakit kepala selain makan obat ?


Penangan Air Tangan


ASSALAMUALAIKUM...


Salam hujung minggu....

Masakan ibu adalah masakan yang paling sedap betul tak ?
begitulah selalunya  di katakan orang kannn..!!
realitinya memang macam tulah..seorang anak akan sentiasa merindui masakkan ibunya , jika terpisah sekian lama..:(

BY ADDEEN

urmm..dah lama rasanya tak makan masakkan mak... rindu pulak rasanya..
tetiba jew keluar perkataan tu..korang penah ? 
tu tandanya penangan air tangan ibu tiada tandingannya betulkan...!
walau pon kita pernah menjamah pelbagai makanan baik yang mahal atau pon yang murah , tetapi manakan sama masakkan air tangan ibu.. mengapa ?


" Memasak melalui pelbagai proses daripada menyiang, membasuh, mengaul, menguli dan lain2 aktiviti yang kebanyakannya melibatkan sentuhan tangan secara langsung...
tangan tukang masak yang paling banyak menyentuh makanan. jadi, dalam masakkan ibu, air tanganlah yang paling banyak ' terlarut ' bersama bahan2 masakkan.."

Benarkah air tangan itu yang memberi kelazatan pada makanan yang dimasak ?..

by ADDEEN


'' Air tangan sebenarnya ialah aliran kasih sayang, kesungguhan, keceriaan dan ketulusan hati seorang ibu untuk anaknya.Hati itulah yang mengalirkan " air tangan " . jadi, air tangan pada hakikatnya ialah aliran kasih sayang semasa ibu memasak untuk anak2nya..."

Oohh..patut arrr anak2 aq selalu cakap macam ni...

ermmm...sedapnya makkkk..
gupernya ' air tangan aq dah meresap kat makanan yang aq masak hehe..bagus ni untuk memikat hati anak2 dan encik hubby :P

dengan kasih sayang, keikhlasan dan keceriaan aq buatkan dorang kuih puteri ayu ni... petang semalam...:)




Pakar motivasi dan psikologi sepakat menegaskan bahawa orang yang melakukan satu kerja dengan penuh kasih sayang, ceria dan tulus hasil kerjanya akan berkualiti...


Realitinya, " air tangan " bukan hanya ada pada kerja memasak. sebaliknya setiap pekerja, pemimpin, guru, imam, jurutera, doktor, jururawat sehingga seorang buruh kasar sekali pon..dapat mengalirkan aliran kasih sayang jika dilakukan dengan rasa tulus dan ikhlas  dan kecintaan..

Falsafa di sebalik " air tangan "

Rasulullah s.w.a agar kita sentiasa memperelokkan kerja menerusi sabdanya yang bermaksud
" bahawasanya Allah s.w.t suka apabila seseorang dari kamu membuat sesuatu kerja, dia memperelokkan kerjanya. 
kesimpulannya...buatlah sesuatu perkerjaan itu dengan rasa tulus, ikhlas dan ceria agar ' air tangan ' kasih sayang akan mangalir dari setiap kerja yg kita lakukan...

sumber artikel dari majalah solusi..

 

Apa Kata Korang cuba !!...



Assalamualaikum

salam pagi jumaat penghulu segala hari...ada yang bercuti hari nii.. ? tapi yang pasti warga sekolah and also in working for the government cutii kannn :)  maybe Johor je kot !!  yang cuti hehe...
korang dah breakfast...?
aq !!..ermmm  ni haa masih dok pikir nak buat menu  simple dishes untuk breakfast hari ni..almaklumlahkan time cuti macam nilah baru anak2 dok sempat sarapan yang ala2 berat gitew hehe..so, aq plan nak buat ni haaa...
 


Chicken Tortilla
simple je..dan yang penting anak2 aq suka sangat..mak ngan abah dia ponnn suka :)
" kenyang ke makan ni ".. ? tanya tipa...
 
" uiss..dah lama cik tipa ni tak muncul dalam celoteh aq kan ? apa citer !.."
or 

" saja nak tunjuk something new hehe...。◕‿◕。 "
hehe..:D
sambil menyelam minum lah air..ye dak ?...
jom! sambung balik story chicken tortilla yang sodap dan mengenyangkan ni..of coz lah bekhasiat...


" Kenapa "..? tanya tipa lagi...
yelah tipa oiii...wraps dia je dari gandum..then kita grill je,tak yah guna minyak..haa kan Good for health :) pastu cer tengok apa isi kat dalam wraps ni..cukup lengkap dengan protin dia kannn...so, apa lagi moh lah kita tengok bahan apa yg di perlukan....


haa korang nilah wraps yang aq guankan..ada 3 pilihan wraps ni sbenonya,aq just guna yang 2 ni jek...original dan juga potato macam pict kat atas tu...

bahan yang lain...
  • Dada ayam ~ potong kecik2 jew...
  • tepung goreng ayam ~ ikut suka korang nak tepung goreng ayam brand apa..
  • salad ~ ikut suka korang nak guna salad apa...
  • tomato ~ aq potong dadu..senang nak telan hehe..
  • mayonis original
  • sos cili 
kesemua bahan di atas korang just gaul bagi mesra..KECUALI AYAM.. korang kena goreng dulu dengan tepung goreng ayam hingga garing..
then...
gaullah dengan salad tadi...wraps kan lah dia ikut kreativiti korang....
siap...selamat mencuba !! :)

jap..jap..korang nak tau tak kat mana aq dapat tuto buat blackquote ni dan juga watermark ni..haa korang klik je link tu ye...
 
tataa..jumpa next n3..selamat berhujung minggu..

Water Roux untuk apa tuu..?




Assalamualaikum
 
 
by google..
nampak tak kegebuan roti tu...?
haa tulah gunanya Water Roux ni..so tak yah nak susah2 pi beli bread improver dan shortening tuuu..OKje..buat je sendiri kat rumah sonang je...
tapi betul juga apa yang atie cakap practice make ferfect ..baru nampak sempurna kejadiannya..
 
roti yang homemade memang sedap..lagi2 fresh kan dari oven..yang penting rajin tak rajin je nak membuatnya..haa kalau rajin dapatlah buat sarapan macam kak zakie..:)
bak kata pepatah...
" Di mana ada kemahuan..di situ tersedia hidangan hehe..boleh gitew :D "
tu hari aq buat garlic roll tak guna pon Water Roux ni..sebab dalam resepi tak perlu pelembut roti..so,aq tak letak apa2 pon just minyak zaiton je...
uisss..panjang beno aq berceloteh..moh tengok cara dan bahan apa yg nak di gunakan...
opss..lupa nak habaq resepi water roux ni hasil sekodeng aq kat sini, blog citarasawan yang super dengan pelbagai resepi dan tips2 baking..haa nak oder ponnn boleh hehe...
" Kak wan mintak izin sharing resepi water roux kat sini yee..:) "

water roux by google

Bahan-bahan
  • 250 ml air
  • 50 gram tepung roti  ~ aq selalu buat tepung gandum je..( tpg roti lagi bagus )
  1. satukan semua bahan dalam periuk dan kacau bagi rata , masak diatas yang sedarhana dan kacau selalu dengan hand whisk supaya tidak hangus.terus mengacau hingga buih-buih kecil terbentuk dipermukaannya dan apabila dikacau dengan whisk terbentuk jaluran pada adunan.tutup api dan angkat...
" kalau korang nak tahu macam mana guper Water Roux tu dan nak lebih faham cara pembuataannya..just klik je link kat atas tu.."

2. masukkan adunan water roux yg masih panas kedalam mangkuk dan bungkus dengan pelastik wrap untuk mengelakkan permukaanya mengeras,biarkan sejuk dulu baru di campurkan dengan bahan asas membuat roti 

3.untuk menyimpan lebihannya.. masukkan adunan water roux tu ke dalam mangkuk dan tutup dengan pelasti wrap dan simpan dalam peti sejuk..

4. apabila hendak mengunakannya biarkan dalam suhu bilik dahulu
jangka hayat dalam 3 hari..jika adunan bertukar warna kelabu..water roux tidak boleh lagi digunakan

selamat mengroti..jika rajinlan hehe...:D


 
 

Wordless Wednesday # 3



ASSALAMUALIKUM...



 Daiso @Aeon Kulai Jaya






   Cantikkan korang pinggan-pinggan ni...colorful gitew :)

 


  Pelbagai jar &  tupperware yang ada..just choose jew !! :)

 

   Whisk pon pelbagai waran..menarik ! ada yang tertarik ? :)

  


 Antara barang yang aq rembat....@aeon Kj




  Vase..tema hitam putih....

 

  
   Rice Cooker...yang lama dah rosak haha...




   Laluan ke toilet...RainBow theme of..nice kan !! ?

 ✎ : lari dari wodless wednesday, rabu tampa kata..sesekali tak pe kan hehe :D

F◕‿◕D Avenue Aeon KJ


ASSALAMUALAIKUM
 
 
entrance food avenue

penat bermain kat kidzoona...pi mengisi perut jap, food avenue..tak jauh mana pon,berhadapan jek dengan kidzone tu...
makan kat sini kena bayor mengunakan kad..then kad pulak kita kena buat kat machine..haa cer korang tengok pict kat atas yang aq dah tanda tu..
aq tak buat kad tu..so, aq bagi example kad yang aq search kat google je ye..
 
 

 haa..korang nilah guper kad yang kita kena buat machine tu..
korang tak yah nak risau..tak semuanya food outlets kat sini kena bayor mengunakan kad..
macam kita orang malas nak buat kad " malas or tak reti haha ngaku jerrr :D "
so, SUBWAY menjadi pilihan..


 


cantikkan korang wallpaper kat Subway Aeon KJ ni..?

 




 antara menu yang di pesan...


WITH FIRST CHILD..NATASHA, haaa ni keje dia lah ni tang edit meng edit ni....
 

✎ : ada lagi tau !!..sambung citer next n3 ea...◕‿◕

Kidz◕‿◕na Aeon Fantasy


ASSALAMUALAIKUM


salam pagi isnin..monday hopefully not boring okay !!..
biasalah kan..first week, macam2 mood hari ni :)

aq ! sttil okay je..no monday bluse..no mandi sebelum fajar.  update n3 dulu baru mandi hehe :P
 
by google
 
pada n3 aq semalam planning weekend, aq ada sebut pasal jadi or tidak nya plan aq kan!
so,hari ni aq kongsikan apa yg aq plan semalam..apabila kak zakie, buat n3 pasal aeon kulai jaya..haa tu yang tak menyabonya nak pi sana juga, almaklum lah weyy shopping mall baru tu..nak juga menerjahnya hehe..
aeon kulai jaya ni baru je dibuka,December 2013 haa baru je kan ! :)
 
PEKARA WAJIB SEBELUM KUAR SNAP PICT DULU ARRR :)
Hehe..Tetamu Vvip Aeon Kulai Jaya :D
 Hahaa..ni pon kira wajib gak masuk mana2 tempat,tak sah kalau tak tangkap gambo :)
korang tengok tempat lepak place kat aeon KJ ni is class kau!!..
 
 
KIDZOONA  AEON FANTSY
 
untuk menyenangkan exploration of kat aeon KJ ni..aq hantaq depa 2 orang ni pi Kidzoona..
masuk kat sini kena bayor 30 hinggit, untuk 2 orang..boleh stay one day,yang best nya boleh keluar masuk ikut suka hati..janji itu gelang  jangan bukak hehe..settle :)
moh ! layan pict yg dorang kat sini...


 
JUMPING ZONE..

JUMPING ZONE LAGI..hehe PELUK KETAT- KETAK :)

BALL OF MANY COLORS

CAKKKKK...

ADA GAYA TAK ? :)

ZONE SALON...





Parents waiting area pun selesa...harga tiket bagi weekdays 10 hinggit, then for the weekends pulak 15 hinggit..Unlimited time dalam ni.. sukalah depa 2 orang ni dapat main puas2 tuuu hehe :)

✎: now!..sampai sini dulu ea korang..esok aq sambung citer... 。◕‿◕。

All right reserved me,family and kehidupan © 2013| Best View: Google Chrome