Nak Uji Keperibadian Tak ? jom !...



Assalamualaikum...jumpa di pagi jumaat, salam ceria di hujung minggu..tengah buat apa tu ?
pejam celik pejam celik dah weekand terakhir bulan febuari...
Azam!! akak ongoing...korang pulak ? ermm rasanyer  There are also still want to to resolve last year's Azam.. kann ?..anyway good luck okeh ! :)



back to topic..




uiss..awat berkerut na muka doq pikir apa tu ?

releskk arr.... moh ! kita tengok apa keperibadian kita berdasarkan soalan2 di bawan ni...

Ada 5 perkara berlaku serentak. Yang mana korang akan buat dulu?????

  1. Air mendidih kat dapur.
  2. Air paip melimpah kat bilik air.
  3. Bayi menangis.
  4. Talipon berbunyi.
  5. Ada orang ketuk pintu.

haa dah ada jawaban ??
esok mai sini noh ! tengok apa keperibadian  berdasarkan jawaban korang okeh !
jumpa esok..:)


Nasi Carrot Ayam Panggang



ASSALAMUALAIKUM...

salam pagi kamis semua..pening nak masak apa? releks okeh ! cuba try test menu ni nasi carrot ayam panggang untuk lunch or dinner tak pon weekand ker .



nasi carrot ni aq masak petang semalam, request dari encik hubby favorite dier ni..
rase !!    sedap i tell you che tipa oii.. " ghasenyer ala2 nasi briyani mak " kata anak2 aq
ajaib bin pelik kenapa ayam panggang menjadi pengapit nasi carrot, bukanyer ayam masak merah or kurmak ker ?
haa tuu la ala2 Nando's katernyer



bab ni kena tanya chef Hanieliza's because resepi ni hak milik kekal chef ..tapikan kalau dah sifat derhaka tu dah sebati dalam diri akak ni,  ayam bakar jadi ayam panggang ala kenny rogers pulak jadinyer..rase sesuai dengan citarase ayam panggang ala kenny rogers HaNa's Family ni...




Ayam panggang ala kenny rogers
sumber Hana's family

1  ekor ayam ~ jangan potong2  ** disebabkan suka derhaka akak pilih L shape..:D

Bahan2 untuk make up

3  biji bawang besar
4  ulas bawang putih
1" halia
2 @ 3 sudu besar  sos lada hitam  ** akak guna brand life
2   sudu besar  madu
1   ketul kiub ayam knorr
2   sudu besar  gula perang
2   sudu besar herbs campuran  ** akak guna mixed herbs brand mccormick
1 1/2 sudu kecik garam halus
**sedikit air untuk mengisar bahan make up
**sedikit butter

Caranya...

  1. campurkan ke semua bahan2 make up dengan sedikit air dan kisar
  2. lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam
  3. perap selama 3 jam ( seelok-eloknya semalaman ) ** akak perap pagi sampai petang :)
  4. sapu sedikit butter keseluruhan ayam ~ bakar 1 1/2 jam atau hingga ayam masak ** akak guna suhu 190c api  grilled
  5. semasa membakar selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan campuran rempah yang menitis
  6. apa lagii tunggu jer la bunyi ting dari oven masing2 hehe... 

nota: bila ayam dipanggang ia akan mengeluarkan banyak air  jangan di buang..gunakan untuk sosnya, masukkan dalam periuk dan tambah 1@2 sudu besar tepung jagung..masak sampai kuah pekat then tuang keatas ayam panggang tadi okeh!..


Nasi carrot
sumber: chef Hanieliza

bahan2nya..

6 cawan beras mati ~ basuh dan toskan ** akak guna moghul faiza basmathi ( beli yg sekilo tu jer..)
2 cawan carrot ~  didadu kecil ** akak parut jer carrot ni..sonang keje :)
1/2  cawan susu cair
8  cawan air
1 sudu kecil gula
  garam secukup rasa

bahan tumis..

2  sudu besar rempah kurma ** nak guna rempah briyani pon boleh jugak..
5  ulas bawang merah *
3  ulas bawang putih *
2  cm  halia *
3  sudu besar minyak sapi
2  cm  kulit kayu manis
2  kuntum bunga lawang
5  biji bunga cengkih
2  biji buah pelaga
1  tangkai daun ketumbar ~ mayang
    daun pandan  ** akak guna 3 helai daun pandan

nota akak:bahan yang akak tandakan biru tu, akak tumbuk kasar2..tapi kalau ikut resepi asal just dimayang jer..tepuk dada tanya selera masing2 yer :)
  1. panaskan minyak sapi dalam rice cooker dan masukkan bahan tumis ~ bawang putih, bawang merah, halia dan juga daun pandan
  2. bila dah wangi masukkan rempah kurma / briyani ~ biarkan naik minyak ** not hangit okeh !
  3. masukkan air, garam, gula, kiub ayam knoor dan juga susu cair, tunggu hingga mendidih 
  4. masukkan beras, carrot dan daun ketumbar
  5. alihkan rice cooker dan masak seperti biasa
  6. hidangkan dengan ayam bakar, sup dan juga salad sayur

tang sup dan jugak salad sayur tu..korang pi terjah sendiri kat blog chef Hanieliza yer..if korang nak sediakkan juga sebagai hidangan sampingan..akak tak leer..  penat ghasenyer!
anyway selamat mencuba!!  but if you are diligent mood okeh ! :)

Wordless wednesday#8



Assalamualaikum


Perkongsian itu satu nikmat....
 
 
In sha Allah

 

if mood rajin meroti boleh try cara ni....",)




Mana tahu dengan cara ini berkesan! :)



image credit by : facebook.com

Perlu ke berahsia dengan pasangan?..


Assalamualaikum..


Dah tengah hari baru dapat bersiaran...pulak tu tajuk n3 mak aii hangat ghasanyer...sepanas cuaca tengah hari  ni hehe
if dapat makan ice cream adoii nyaman bah rasenyer...


mylaunchpad.com

 Berbalik pada tajuk..
nak cakap ker tak eah !!..adoiii
kang aq cakap marah pulak dier..uiss
bila tak cakap menipu pulak ...dah bedosa pulak jadinyer...urmmm



image credit by google

ever not terjadi situasi macam ni pada korang ?  aq! nak kat tak pernah, menipu pulak dah ! so, " biarlah rahsia " pinjam tajuk lagu Dato Ct  jap...",)
even secara hakikatnya berterus terang @ tiada rahsia antara kita adalah satu sifat yang harus ada dalam sesuatu  perhubungan baik suami&isteri atau sesama rakan..

setiap pasangan mempunyai cerita tersendiri, ada yang kalau boleh mau je menceritakan segala apa yang berlaku kepada pasangannya.
but..tidak semua yang perlu kita beritahu kann ?





memang tidak salah untuk berahsia tetapi janganlah sampai menipu. sekiranya kita melakukan sesuatu yang tidak disukai pasangan, memanglah kita patut tidak menceritakan pada pasangan kita.ini bagi mengelakkan hubungan kita menjadi masalah...

but kita perlu tahu memang ada sesetengah cerita yang harus kita berahsia pada pasangan.. 
so, tepuk dada tanya hati..sama ada nak cakap ker tak eah!! :)
binalah hubungan yang jujur dan ikhlas..berahsia but not menipu...



Hokkaido Chiffon Cake



Assalamualaikum..


pagi semua, hopefully today is not Monday blues...

3 hari sonyap tanpa entry..tup tup kuar satu resepi kek ala2 jepun atenyeer..
Hokkaido Chiffon Cake diberi nama..siapa yang pernah makan or buat cake ni..sure korang tahu akan kesedapanyer..



  dari apa yang aq baca kat blog kak ita mengenai kek Hokkaido yang dikata kan mahal kat Midvalley.. yang mencecah 8 inggit sebiji cupcake mak aiii  betul kerr ? sedap sangat ker kek ni sampai macan tu sekali rege dier...


Hati  ni punyalaah terhuja nak mencuba, sambil doq membayang bayangkan rase dier..
nak kata aq tak penah makan chiffon cake tipu leer kann..memang hantu chiffon pon hehe..

there must be a difference pada chiffon cake ni yang membuatkan kita berfikir banyak kali untuk membelinya,because  rege sebiji cupcake ni yang mak aii mahal betull ghasa nyeer..




Takleh jadi ni..dah teghase ghase sangat kat  tekak dah ni..:P
pagi pagi ( semalam ) lagi aq dah start mengodek Hokkaido Chiffon Cupcakes ni..
siap buat 2 adunan lagi..' tamoq beno gamoknyeer aq ni kann !! ' uiss dok eah ! separuh aq pas kat adik ipaq aq..tak jauh mana pon sebelah umah jer..:)



kat blog mana lagi yang selalu aq doq sekodeng kalau tak kat Masam manis , memang dah serasi rasenya dengan cara kak ita menyampaikan serta merialisasikan sesuatu resepi itu dan sangat mudah juga untuk kita memahaminya.. thanks kak ita..tabik springlah kat akak :)

mintak izin share recipe kat sini pulak yer kak ita...



Hokkaido Chiffon Cake
by: kak Azlita masam manis


4 biji kuning telur
30 gm gula caster
1 sudu kecil esen vanila
40 ml susu segar
40 ml minyak canola ~ minyak makan pun boleh
55 gm tepung cake
20 gm tepung kastard
1 sudu kecil baking powder


 4 biji putih telur
1/4 sudu kecil garam
80 gm gula caster


Panaskan oven pada suhu 170 C
Sediakan 8 biji ramekins bersaiz besar
Atau boleh juga guna mangkuk kertas cup cake yang keras
Atau boleh juga gunakan cawan muffin

Satukan tepung, tepung kastard dan baking powder. Kemudian di ayak 3 kali
Pukul kuning telur dan gula menggunakan whisk aje
Tambahkan vanila, susu dan minyak dan pukul rata.
Masukkan bahan yang telah di ayak tadi dan gaul rata

Dalam bekas lain ~ pastikan bekas berkeadaaan kering
Pukul putih telur dan garam hingga berbuih
Tambahkan 80 gm gula sedikit sedikit dan terus memukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan kental dan kaku (soft peaks)

 Ambil 1/3 adunan putih telur dan masukkan dalam adunan tepung.
Gaul rata dgn menggunakan kaedah kaup balik
Kemudian masukkan baki adunan dan gaul hingga sempurna dengan kaedah yang sama

Tuangkan adunan dalam ramekins atau cawan kertas anggaran 80% penuh
Hentakkan sedikit bekas ramekins utk mengurangkan gelembung udara pada kek

Masukkan dalam oven dan bakar selama 25-30 minit
Keluarkan dari oven bila kek masak
Hentakkan bekas remakins sekali lagi dan biarkan kek sejuk
Bila kek sudah sejuk, bolehlah paipkan filling kedalamnya dengan menggunakan pipping bag.




CREAM CUSTARD
by : Honey

1 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200ml (1 cup) susu segar
1 biji telur (L size)
1 sudu besar mentega

1 sudu teh esen vanila - ita tambah

Masukkan tepung, tepung jagung dan gula  ke dalam mangkuk. 
Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau rata jangan ada yang berketul2
Masukkan telur dan kacau lagi. 
Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. 
Masak sehingga pekat. 
Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau.
Ulang sehingga pekat.
Bila dah siap, masukkan butter dan kacau rata. 
Adunan ini boleh juga di masak atas dapur dgn api yg sederhana.
Adunan hendaklah dikacau untuk mendapatkan cream custard yg licin.


timerkasih yer pada korang semua yang dok singgah umah aq walaupun  sonyap sopi tak berpenghuni..then 3 hari 3 malam tanpa n3 hehe..now ! aq on the way pi terjah umah korang noh ! muh tunggu aq datang!!..

Mango Float



Salam pagi kamis...

Mango float..korang penah makan dessert ni ?
Dessert yang famous amos dok asal filipina ni, sesuai beno gasenyer makan time musim panas macam sekarang ni, umpama kita terjun dalam pool sejuk je masuk kat anak tekak...



tak mau citer lebih2 arr..kang tak pasal2 ayaqliuq berkumpul kat keyboard tu..siapa susah ? kome, kome dan kome jugak yang susah kannn ! hehe



resepi yang simple and delicious to try!
bak kata Rahel tuan empunya resepi.. yang penting selesa lalu di tekak bah !

resepi mango float ni ada 2 version benonyer korang, ..disebabkan mudah aq nak dapatkan bahan2 yang diperlukan untuk membuat mango float ni..so, aq  pon pilih resepi yang simple dan and delicious to try!
but!...kalau korang nak try  yang version lagi satu " cara baru " ..just klik sini

mango float  version baru ni..dier punya mango  ' float ' ( terapung )...kata empunya resepi..
next time aq try  manggo yang terapung ( float ) pulak..
now! kita cuba yang resepi yang ini dulu...






Mango Float
by: Rahel


Bahan2nya

225g  cream nestle
140g  susu pekat manis
1 peket  biskut marie
buah mangga secukupnya di potong nipis atau pon didadu
jar atau bekas 7inci



cara2nya

  1. satukan cream nestle bersama susu pekat manis
  2. masukkan biskut ke dalam jar, taburkan potongan mangga diatasnya ~ pic kat tu cara derhaka..hehe
  3. kemudian siram dengan cream, buat seperti ini sampai 4 @ 5 kali
  4. taburkan serbuk biskut marie diatas mango float ~  aq campurkan sedikit milo
  5. simpan di dalam peti ais sebelum di hidangkan

# must try! tak rugi..buat sekali then nak buat lagi.. ' aq lah tu! :) '

Wordless Wednesday#7




Salam pagi rabu tanpa kata...







yang mana satu personalities ?...  just fun ! :)

image credit : GooGle

' Copy Paste ' Siapa ?


salam bersiaran di pagi selasa..

pagi selasa baru ada siaran kat blog me,family and kehidupan..
bukan dek kerana kebizian yg melanda..tapi kerana idea tak kunjung tiba hehe..

sambil menongkat dagu,ngadap lappy..sambil tu dok pikiaq "erm apalah yg aq nak update hari ni yekk ! " blurrr jap..
" haa apa kata aq share kat dorang this info.." tetiba mentol menyala..idea muncul ! :)




 korang penah tak tengok gambar kat atas ni ?..

nilah website yg boleh tunjukkan siapa ' copy paste ' gambar kita..

nak tahu ? ikut step di bawah

1. klik sini
2. nanti korang akan jumpa gambar macam kat atas tu..
3. then..korang pilih salah satu cara yang aq dah tandakan..



 aq pilih ' upload your image ' ...
tunggu beberapa saat..
then...akan kuar macam ni...



korang akak tahu siapa yg ' copy paste ' gambar korang..
if takde..dia akan tulis ' 0 results ' macam gambar kat atas...

senang kan !..selamat mencuba...:)




Credit to :aimi rahim

Roti Sosej Gulung & Pintal with cheese



Salam bersiaran di pagi sabtu...

Tiada bandingannya rasa roti segar, panas dan harum, apatah lagi di tabur dengan parutan keju cheddar
lalu dimakan perlahan-lahan bersama secawan kopi O..betapa enaknya roti yang dibuat sendiri..arghhh



Roti sosej  pintal with cheese..yummy !!
Fresh from my oven...menu petang untuk dorang..
" siapa ? " tanya jiran blog aq..
aalah kawan anak sulung aq..ada 4 orang semuanya, dorang work for school groups kat rumah semalam.

resepi roti sosej pintal with cheese nii.. hasil  sekodeng aq kat blog koleksi 1001 resepi .. selalu jugaklah aq terjah blog kkida ni..yang mana banyak terhimpun pelbagai simple dish delicious to try..

resepi ni sebenonya kkida buat untuk pau goreng sosej..tapi dek kerana sifat aq yang suka sangat menderhakakann..so, terciptalah roti sosej pintal with cheese yang sedap ni..

bukan aq  jew yg cakap sedap tau ! " sedap arr roti cik buat..nak resepi boleh ?  " haa ni kawan2 anak aq yg dok cakap, siap mintak resepi lagi hehe..
 
manakala teknik membuat roti sosej pintal ni pulak hasil terjahan aq kat blog Zalin Zalina yang lebih mesra dengan panggilan acik..

kat blog acik ni pon banyak terhimpun pelbagai resepi roti..and the important acik sedia menjawab komen jika kita bertanyakan  tips2 baking dan seangkatan dengan nyer..

aq terjah blog acik pon hasil n3 mak  ..yang sambut birthday encik suami nyerr harini..siap buat surprise birthday cake lagi..terbaiklah mak ! :)
anyway thanks yerr mak..




then..pict yg kat atas ni pulak stap2 buat roti sosej gulung with cheese..korang boleh terjah sini untuk stap dan resepi yang lengkap..
korang nak tengok resepi yang aq kongsikan kat sini pon okay jugak hehe..
moh ! kita layan resepi noh !..

Bahan2nya..

500gram tepung pau bluekey
1   sachet yis ~ aq guna mauri
1/2  cawan gula halus
1/4  cawan minyak jagung
1 1/4 cawan air ( larut kan gula dalam air )
1  sudu kecik Bread Improver ~  yang ni aq tambah

cara2nya..

Campurkan yis dalam tepung
masukkan Bread Improver, minyak dan air gula tadi..gaul sebati dan uli hingga menjadi seketul doh.  uli doh lebih kurang 10 minit ...atau hingga doh kenyal..ketepikan doh selama 1 jam ( aq tutup doh mengunakan dulang )

tumbuk sekali bahagian tengah doh dan canai atas papan pencanai, yang ditaburi sedikit tepung agar doh tidak melekat semasa kita mencanai..

jika korang nak buat roti sosej pintal just klik sini untuk stap2 nya..and if want to do roti sosej gulung klik sini untuk stap2 nya..
panaskan oven selama 10 ~ 12 minit dengan suhu 180c , bergantung pada suhu oven masing2
bakar selama 18 ~ 20 minit tergantung pada suhu oven korang yekk..

tips :  Lebih baik doh dibiarkan kembang ditempat sejuk pada suhu bilik, kerana doh yg naik perlahan-lahan akan rasa lebih enak. Ia lembut apabila dikunyah dan tidak mengandungi gelembung udara    ~ Chef Wan ~
 #resepi roti ni boleh jugak di goreng..tapi yg versi gulung je...yg bestnyerr jika di goreng roti ni, mmg tak berminyak / mendap minyak..aq dah try jugak..
haa pe kata korang pulak yg try membuatnya...

 


Puding Coklat Oren



salam bersiaran di pagi kamis..
jauh temenung gamoknyerr..dok pikir apa tu ?
kerr dok mencongak nak masak apa tengah hari ni..dah nama suri rumah kann tu lerr keje nye..
pagi2 bangun sambil wat koje..sambil dok pikiaq  " apo aq nak masak harini ? "



alah riilek ar korang..apa kata layan dulu puding coklat oren yang super yummy ni..gabungan serasi coklat dan perisa oren..seriously sedap sangat..
cuaca yg agak panas sejak dua menjak ni..membuatkan  anak tekak aq asyik dok teringin jew nak makan makanan yang sejuk dan nyaman  bila lalu kat anak tekak..



maka nyerr aq sekodenglah blog kak ita yang kaya dengan desert yg sedap2 bagai..dan akhirnya tertarik untuk mencuba puding coklat oren ni..
bahan2 dierr pon senang dan mudah nak dapat tak yah pi bakry...kedai apek pon ada hehe..
bak kata kak ita..puding ni kena buat cepat2 bukan lengang lengang kangkong..kalau tak nangiss di dibuatnyerr..



kejadian puding coklat oren aq dok eah sebiji macam yang kak ita buat..
kak ita sifu tuu..but the most important taste..macam yg kak ita cakap ! makan puding ni seperti kita makan cheese cake wala wala..ermm macam tulah yg aq rasa hehe..:)
so, apalagi moh lah kita semak resepi..


Puding Coklat Oren
by : kak ita masam manis

lapisan coklat

1/2  peket agar-agar serbuk ~  angaran  6-8gram
300ml  susu cair
100gram  gula pasir
2  sudu makan serbuk koko
2  biji kuning telur  ~ dikocok
1  sudu kecil / tsp  choc emulco

cara kak ita..

masak agar2 dengan 100ml air dan gula pasir hingga larut
kemudian masukkan susu cair, serbuk koko dan choc emulco
kacau bagi rata hingga mendidih
kemudian ambil sedikit adunan campurkan dengan kuning telur yang di kocok tadi kacau bagi rata
kemudian tuang semula dalam adunan tadi dan kacau bagi rata tutup api
tuang dalam loyang segi empat sama yang di bilas dengan air ~ bekukan

kemudian lobang2kan  dengan straw ( saiz besar )
masa buat lobang tu jangan lupa tutup muncung straw dengan ibu jari rapat supaya mudah kita menarik keluar lebihan puding


senang macam ni lerr korang klik sini dan tengok sendiri macam mana cara kak ita buat lobang2 tu yekk..

 Lapisan Oren

1/2   peket serbuk agar2  ~  angaran  6-8gram
300ml  susu cair
100gram  gula pasir 
200gram limau menderin kisar  ** aq guna orange emulco sebagai gantinya..aq letak 1 tbsp
3 sudu makan sunguick   ** aq tak letak pon..takder stock weii..
pewarna oren  ** ni pon aq tak letak..just nice jew kaler puding aq hehe
2  biji putih telur

cara kak ita..

masak agar2 dengan 100ml air dan gula hingga larut
kemudian masukkan susu, sunguick ( adunan berketul2 jangan risau ) ** aq terus boh orange emulco jew..
kacau bagi rata hingga memdidih ** aq tambah ayat :)
pukul putih telur dengan stand mixer hingga kaku
kemudian tuangkan agar2 oren tadi ke dalam putih telur dan terus putar hingga rata tambahkan pewarna oren dan putar terus
ambil sesenduk adunan masukkan dalam pelastik atau piping bag dan picit dalam setiap lobang masa ni kena pastikan ia masuk sempurna kalau tidak nanti bila kita potong terdapat ruang udara. Buat cepat2 
kerana puding cepat mengeras
kemudian baru tuangkan lebihan puding diatasnya dan ratakan
pastikan mixer sentiasa berputar masa kita buat proses mengisi lobang2 ni..supaya adunan tidak cepat mengeras..pesan dari kak ita :)
now! apa kata korang cuba.. .seriously sedap sangat..bukan aq jew tau ! yang cakap sedap.. kak ita pon  cakap benda yang sama..gabungan yang serasi... maka tercetuslah puding coklat oren yang sensasi hehe..:D






 


 



Malang Tak Berbau...


salam petang rabu..



sumber : Sinar Harian

PONTIAN - Empat beranak termasuk seorang warga emas terpaksa mernyusup keluar dari pintu belakang untuk menyelamatkan diri selepas rumah yang didiami Kampung Wak Musa, Batu 26, Pekan Nenas, terbakar pagi semalam.

Mereka merupakan antara 20 keluarga yang kehilangan tempat tinggal selepas dua blok rumah kayu yang dihuni musnah dalam kebakaran kira-kira jam 9.30 pagi, semalam.

aq yang  dok berdekatan ( lebih kurang 300 meter  )  dengan tempat kejadian pon..kol 9 setengah malam baru dapat berita tentang kebakaran ni..  setelah hampir 12 jam baru aq dapat tahu ermm " tak patut tak patut "..
terus ajak encik suami ( balik dr keje ) pi melawat tempat kejadian..dan juga melawat tempat penempatan semantara mangsa kebakaran yg di tempatkan di balai raya ..

dari pertanyaan aq pada mangsa2 kebakaran..ada yang menyatakan berpunca dari sebuah rumah yang tertidur semasa menjerang air di dapur..allahuwaallam
dari apa yang aq tengok..kesan2 kebakaran tu..mmg rapat2 pon kawasan rumah sewa kat situ
dan ada 2 dua kenderan yang aq nampak dari sisa kebakaran tu..

korang klik sini untuk mengetahui citer sebenar dari mangsa kebakaran..
# semoga di permudahkan urusan mereka semuanya...



Wordless Wednesday #6



assalamualaikum..
 
 
JPO ~ Johor Premium Outlets...
 
 
 
 
 






#jpo aq datang lagi, pi perabis duit laki..:) ermm bila lagii ! ye dak hehe...




All right reserved me,family and kehidupan © 2013| Best View: Google Chrome