Mata Ketumbit Kerana Mengintai...Realitinya?



Assalamualaikum...




siapa ada ketumbit kat mata ?
dari dulu sampai sekarang mesti jadi bahan usikan..kononnya mata yang ada ketumbit ni selalu mengintai ' sekodeng ' orang yang tengah mandi atau buang air besar.

ermm kalau ketumbit tu kecik je..no hal..orang tak perasan kannn..
ni dah macam jerawat batu yang dok bertenggek kat tepi mata, sakit pulak tu..dan bertambah sakit bila ramai orang dok mengejek hehe..


image credit : by google

Realitinya...
ketumbit sebenonya takde kait mengait langsung dengan aktiviti mengintai ' sekodeng ' ..sebenonya ketumbit ni sejenis keradangan di kelopak mata yang dijangkati kuman.



Punca terjadinya ketumbit
  • Tekanan
  • Pertukaran hormon
  • Mengunakan peralatan solek yang sama pada jangka masa yang lama atau yang telah dijangkiti oleh bacteria
  • Diabetis
  • Kandungan lemak yang tinggi dalam badan
  • Kekurangan vitamin dalam badan 

    aq pon baru je tau...yang ketumbit ni ada 2 jenis..dan juga seseorang boleh mendapat lebih dari satu ketumbit pada satu masa..tapi jangan risau tak merbahaya pon, just menjejaskan penglihatan seseorang yang terkena ketumbit


    1. Ketumbit akibat jangkitan kuman di pangkal bulu mata
    2. Keradangan disebabkan penyumbatan pada kelenjer yang menghasilkan minyak  untuk menentukan bulu mata kalis air atau kalazion
     Cara merawat ketumbit
    • Pengunaan ubat titis antibiotik yang harus diletakkan kedalam mata bagi rawatan jangkitan kuman
    • Pembedahaan kecil
    • Menuam mata dengan kain yang direndam dengan air suam untuk mengatasi penyumbatan pada kelenjer di kelopak mata dilakukan sebanyak 3x seminggu  ( untuk ketumbit jenis kedua )

      Mata merupakan salah satu bahagian yang sensitif. So, jangan pandai pandai letak ubat tanpa nasihat doktor.

      Sumber Info :Selangor2u




      32 comments :

      1. Bagus lah kak roha...rungkaikan persoalan tentang isu mata ketumbit...itulah ramai kan masyarakat terutama melayu suka sgt menghina org yg ada masalah mata ketumbit...bukan sekodeng...tp ia adalah masalah kesihatan dalaman yg perlu diambil perhatian serius...lg2 mata kan...haruss la kena jga dgn baik...part guna barang solek yg sama dlm jangka masa lama tuh Umi Qi kena ubah lah tabiat...suka sgt x tgk tarikh luput... :)

        p/s umi Qi nak add sis roha dlm list follower terjah...yeyyyy

        ReplyDelete
        Replies
        1. ermm kena buang tabiat tu umi Qi..bahaya u heheee...:D

          thanks ye umi Qi, add akak :)

          Delete
      2. ketumbit, selalu orang pandang enteng hal ini... jika dibiarkan susah jugak, mama bawa pergi ke klinik je kak..

        ReplyDelete
      3. Salam Kak...
        kami lah rajin ngusik adik2 lelaki kat opis ni bila depa kena ketumbit.. ckap kat depa "tulah sapa suruh skodeng awek"..hahaha.. nasib baik sy jarng kena ketumbit ni kak.. :)

        ReplyDelete
        Replies
        1. atie jangan join dorang skodeng tau..kang ketumbit pulak hehe :D

          Delete
      4. ingat masa sekolah rendah dl..kena ketumbit..arwah mak boh buah pelita.. (pelita minyak tanah tuu..kat sumbu pelita ada bualt bulat..tu lah buah pelita)..ambil ltk kat ketumbit... cepat baik..time dulu laaaa... zaman 80 an dl...

        ReplyDelete
        Replies
        1. macam2 kan izan petua dulu2..keluarga akak punya petua pulak..sapu hujung ibu jari kaki dan selawat 3x hehe..then yg paling best sapu tahi hidung kat ketumbit hahaaaa :D

          Delete
      5. Tu lah. Tak der kaitan langsung ketumbit ngan intai org mandi. Habis klo bebudak yg kena ketumbit tu apa citer plak khenn.

        Good info.

        ReplyDelete
        Replies
        1. haa tu pon satu soalan cepumas gak tu fiza..sapa jawab ? :)

          Delete
      6. Tq share yer..
        dulu kecik selalu gak kena ketumbit nih dah beso ni tak pernah kena lagi ..

        ReplyDelete
        Replies
        1. sy pon lizz..kecik2 dulu adalah kena..malu tau nk kuar rumah hehe..siap ponteng sklh lagi :)

          Delete
      7. Haaa.... siapalah yg skodeng tu Roha:)
        Penyakit nak datang kena carilah ubat bukan skodeng punya pasal pun sebenarnya kan.
        Kalau ikut petua keluarga kakak bila dah nampak bisul matanya cucuk sikit (ala siiikit aje) guna duri pokok limau atau kektus jgn guna kuku/jarum. Tak payah ke klinik pun :) tapi ok jugalah Roha petua keluarga kakak ni.

        ReplyDelete
        Replies
        1. betullah kak..petua keluarga selalu diamalkan turun temurun..sy pon selalu jugak guna pakai petua yg turun temurun dr keluarga sy :)

          Delete
      8. Haha bila kena ketumbit ni org tua2 suruh sapu dgn air kencing sendiri. .Wekk..haha

        ReplyDelete
        Replies
        1. yup PCL..sy pon penah dengar petua dulu2 ni..his his bertambah membiaklah kuman kat mata :)

          Delete
      9. Teringat zaman silam :) Kalau kena ketumbit ni kalau boleh memang nak sembunyi jangan bagi orang nampak. Tapi kalau perempuan tu apalah benda yang kita minat sangat nak skodeng :) Terfikir juga apa motifnya kena ketumbit ni dikaitkan dengan skodeng pulak!

        ReplyDelete
        Replies

        1. orang dulu2 dok cakap jangan menyanyi depan dapoq..karang dapat laki tua hehe..mitosnya: takut apa yg di masak hangit lew tu hehe..
          so, sekarang apa pulak mitosnya: ketumbit dikaitkan dengan skodeng..dok peninggg :)
          .

          Delete
      10. kalau kene ketumbit ni leceh la. rasa tak selesa je mata tu

        ReplyDelete
      11. betul tu kak...setiap kali kena ketumbit je mesti org ckp duk mengintai org...tak baik kan

        ReplyDelete
      12. aduh..bisa sangat ni...lieya dulu kecik2 selalu kene...org kate darah kotor...sakit betul...nak sujud ke rukuk ke mmg rase mcm mate nak keluar....mujur makin besar ni sampai la skrang dah takde ketumbit tumbuh...

        ReplyDelete
      13. Hihi.. orang tua2. Selalu cakap macam tu.. sampai kita generasi sekarang pun terikut2.. kalo ketumbut he, ngintai orang la tu.. hihi

        ReplyDelete
      14. alhamdulilah..tak pernah kena ketumbit..tap dapat rasa kesakitan dan ketidakselesaan.

        ReplyDelete
      15. naniey selalu letak bawang putih pada ketumbit tu..cuma kena tahan pedih lah... tapi mujarab..hehe

        ReplyDelete
      16. aihhh...harap2 lah cik tak kene ketumbit ne..sakit juga ne kan kak roha..

        ReplyDelete
      17. hihihi, so mmmg auta la kan kak?
        Kalau saya rasa mcm nak kena ketumbit tu, saya letak bawang putih kat rasa sakit tu… terus jer hilang setakat ni :)

        ReplyDelete
      18. Memang biasa dgr cm tu..eiii ko intai sape mandi tu... hihii

        ReplyDelete
      19. tulaa.... asal ketumbit je mesti kata mengintai org mandi/buang air besar... time cuti sekolah aritu, 2 kali anak nrl yang Sofia ketumbit matanya... dah baik yg mula2 kena, x smpai 2 mggu lps tu ketumbit lagi tempat yang sama... so, nrl decide bwk je Sofia pi klinik... ^__^

        ReplyDelete
      20. Takutnya kalau kena ketumbit.....Tak ingat pernah kena ke tidak....rasanya tak pernah kena kot....
        Betullah masa kecik dulu dulu mesti mereka kaitkan dengan sekodeng ek hehe

        ReplyDelete
      21. pernah kena ketumbit ni pastu adalah y cakap sebab skodeng orang..hahaha..

        ReplyDelete
      22. kt sarawak panggil pitan ke ape xsilap...lupa lak..tp bukan ketumbit la..hehe...
        nice sharing kak roha..

        ReplyDelete
      23. Yelh mitos ni tak boleh nak pakai pun..pelik sgt moyang 2...

        ReplyDelete
      24. ooo. baru tahu. hihi..
        suami pernah kena dulu. letak bwang putih j

        ReplyDelete

      terimakasih sudi baca..komen korang amat aq hargai✍
      akan ku terjah balik blog korang eah!..☺
      thanka you alls...✌


      All right reserved me,family and kehidupan © 2013| Best View: Google Chrome