Hokkaido Chiffon Cake



Assalamualaikum..


pagi semua, hopefully today is not Monday blues...

3 hari sonyap tanpa entry..tup tup kuar satu resepi kek ala2 jepun atenyeer..
Hokkaido Chiffon Cake diberi nama..siapa yang pernah makan or buat cake ni..sure korang tahu akan kesedapanyer..



  dari apa yang aq baca kat blog kak ita mengenai kek Hokkaido yang dikata kan mahal kat Midvalley.. yang mencecah 8 inggit sebiji cupcake mak aiii  betul kerr ? sedap sangat ker kek ni sampai macan tu sekali rege dier...


Hati  ni punyalaah terhuja nak mencuba, sambil doq membayang bayangkan rase dier..
nak kata aq tak penah makan chiffon cake tipu leer kann..memang hantu chiffon pon hehe..

there must be a difference pada chiffon cake ni yang membuatkan kita berfikir banyak kali untuk membelinya,because  rege sebiji cupcake ni yang mak aii mahal betull ghasa nyeer..




Takleh jadi ni..dah teghase ghase sangat kat  tekak dah ni..:P
pagi pagi ( semalam ) lagi aq dah start mengodek Hokkaido Chiffon Cupcakes ni..
siap buat 2 adunan lagi..' tamoq beno gamoknyeer aq ni kann !! ' uiss dok eah ! separuh aq pas kat adik ipaq aq..tak jauh mana pon sebelah umah jer..:)



kat blog mana lagi yang selalu aq doq sekodeng kalau tak kat Masam manis , memang dah serasi rasenya dengan cara kak ita menyampaikan serta merialisasikan sesuatu resepi itu dan sangat mudah juga untuk kita memahaminya.. thanks kak ita..tabik springlah kat akak :)

mintak izin share recipe kat sini pulak yer kak ita...



Hokkaido Chiffon Cake
by: kak Azlita masam manis


4 biji kuning telur
30 gm gula caster
1 sudu kecil esen vanila
40 ml susu segar
40 ml minyak canola ~ minyak makan pun boleh
55 gm tepung cake
20 gm tepung kastard
1 sudu kecil baking powder


 4 biji putih telur
1/4 sudu kecil garam
80 gm gula caster


Panaskan oven pada suhu 170 C
Sediakan 8 biji ramekins bersaiz besar
Atau boleh juga guna mangkuk kertas cup cake yang keras
Atau boleh juga gunakan cawan muffin

Satukan tepung, tepung kastard dan baking powder. Kemudian di ayak 3 kali
Pukul kuning telur dan gula menggunakan whisk aje
Tambahkan vanila, susu dan minyak dan pukul rata.
Masukkan bahan yang telah di ayak tadi dan gaul rata

Dalam bekas lain ~ pastikan bekas berkeadaaan kering
Pukul putih telur dan garam hingga berbuih
Tambahkan 80 gm gula sedikit sedikit dan terus memukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan kental dan kaku (soft peaks)

 Ambil 1/3 adunan putih telur dan masukkan dalam adunan tepung.
Gaul rata dgn menggunakan kaedah kaup balik
Kemudian masukkan baki adunan dan gaul hingga sempurna dengan kaedah yang sama

Tuangkan adunan dalam ramekins atau cawan kertas anggaran 80% penuh
Hentakkan sedikit bekas ramekins utk mengurangkan gelembung udara pada kek

Masukkan dalam oven dan bakar selama 25-30 minit
Keluarkan dari oven bila kek masak
Hentakkan bekas remakins sekali lagi dan biarkan kek sejuk
Bila kek sudah sejuk, bolehlah paipkan filling kedalamnya dengan menggunakan pipping bag.




CREAM CUSTARD
by : Honey

1 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200ml (1 cup) susu segar
1 biji telur (L size)
1 sudu besar mentega

1 sudu teh esen vanila - ita tambah

Masukkan tepung, tepung jagung dan gula  ke dalam mangkuk. 
Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau rata jangan ada yang berketul2
Masukkan telur dan kacau lagi. 
Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. 
Masak sehingga pekat. 
Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau.
Ulang sehingga pekat.
Bila dah siap, masukkan butter dan kacau rata. 
Adunan ini boleh juga di masak atas dapur dgn api yg sederhana.
Adunan hendaklah dikacau untuk mendapatkan cream custard yg licin.


timerkasih yer pada korang semua yang dok singgah umah aq walaupun  sonyap sopi tak berpenghuni..then 3 hari 3 malam tanpa n3 hehe..now ! aq on the way pi terjah umah korang noh ! muh tunggu aq datang!!..

30 comments :

  1. salam isnin kak roha... ada feeling kat hokaido tak bila makan??? ^_* gurau2 di pagi isnin...

    ReplyDelete
  2. aduh, terliur tengok ni... sedap ni...

    ReplyDelete
  3. amboi kak..sib baik dok tengok ni sambil ngap bekpes..
    gebu kek tu..
    tak pernah try tapi nampak sedap..

    ReplyDelete
  4. Salam Kak... waaahhhh... nak orderrr bolehhh??? sedapppnya nengok tu..betul2 menjadi akak buat kan?... pandainya...hehe..

    ReplyDelete
  5. Dah terasa-rasa kat tekak akak pulak Roha... nak juga mencubanya dihujung minggu nanti ...
    Tayangan gambar Hokkaido Chiffon yg sungguh menggoda ...emmm dappppp nya :P

    ReplyDelete
  6. salam, wah tengok gambar pun dah berselera...rasa mesti lah sedap kan?
    saya datang singgah sini dan follow. feel free to hit me back yeah :)
    http://sweetmemories4u.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. salam isnin roha..amboih meriahnye cupcakes..jeles la tengok roha pandai buat kek..

    ReplyDelete
  8. Sedapnya. TUmpang tengok jer lah. Nak buat ntah bila. Tapau kat org sini sket...eheheheh..

    ReplyDelete
  9. Masa gi Pengkalan Balak ritu...ada member bawak...mmg sedap sebab tak muak....
    Asal muh tunjuk resepi je mak pun teringin buat, apa kes? Hehe
    Mcm senang je kan buatnya tu....nantilah teringin gak nak try...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe tulah penangan kawee benonyer hehe..lepas ni muh buat noh ! ikut step yg ada kompom chiffon muh gebus gebas jadinyer hehe

      Delete
  10. Sedap ni.mmg selalu beli kat kedai bakeri pistachios.bestnya pandai buat sendiri!

    ReplyDelete
  11. nampak sedap tu kak.. aiza tak pernah lagi mencuba. boleh cuba ikut resipi kak..

    ReplyDelete
  12. wah mmg nampak sedap tu elok cantik naiknyer ni.. dah boleh buat bisnes dah hehehe

    ReplyDelete
  13. Apasallah nama Hokkaido tu boleh ada ye Roha.
    Kakak dah mula membayangkan keenakkannya.
    Nak mintak jauh. Nak buat entah bilalah..
    Jamu matalah nampak gayanya:)

    ReplyDelete
  14. rajinnya...comelnya...mcm sayang nak makan ja..

    ReplyDelete
  15. Lazatnya...bila nk bt ni..tempahan nk settel dulu..bru fikir perut sendiri..kn..tqvm resepinya..

    ReplyDelete
  16. mmg sedap muffin ni… dah berkali-kali saya masak sbb asyik dapat request… struktur kek yg ringan buat kita rasa tak muak :)

    ReplyDelete
  17. bak sini barang pat lima biji kak...
    adoilllahhhh....terliuq cik...huuhuh

    ReplyDelete
  18. comellllllnyaaaa!
    nakkkkkkk meh hantar kat ipoh sebijik dua :p

    ReplyDelete
  19. pening pulak dengar perkataan chiffon ni.. kain chiffon biasalah dengar.. hehehe... mcm sedap je .. mintak sikit kat roha :D

    ReplyDelete
  20. X pernah mkn lg,rasa sikit bolehh:P

    ReplyDelete
  21. Assalam, K Roha... Lamanya rasa nrl x jejak sini... waa, sedappp cupcake ni... tapi nrl x pernah buat lagi... pernah makan & harga sebiji je pun dekat RM8... betullah tu... yang nrl makan aritu krimnya dia letak krim durian... bkn cream custard... tapi seriously memang sedappp... ^__^

    ReplyDelete
  22. So, apa rasanya setelah berjaya menghasilkan chiffon cake Jepun kat Malaysia nih :) Masih terbayang-bayangkah rasanya sampai la ni? Asal namanya dari Jepun, memang mahallah ya regenya. Entah mengapa pun tak tahu. Presentation tu kot yang jadi mahal gila ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe la ni lapang dada tengok hasilnya..rasenye tak usah citer buat lerr buat kome telan ayaqliuq jer hehe..
      bukan ker dari mata turun ke hati..make sure Presentation tu mahal regenyer haha :D

      Delete
  23. 8 hinggit sebijik? erkkk... baik aku makan nasi...

    ReplyDelete
  24. menarik dan tertarik. nk cuba buat ntah bila.hahaa. stobeli stobeli..

    ReplyDelete
  25. cantiklah gambar akak ambil
    buat saya terliur juga =)

    ReplyDelete
  26. Adoiyaii..sedapnya..terliur tengok..kalau teringin nak buat nanti,boleh cuba resepi yang akak bagi nanti..thank u kak!

    ReplyDelete

terimakasih sudi baca..komen korang amat aq hargai✍
akan ku terjah balik blog korang eah!..☺
thanka you alls...✌


All right reserved me,family and kehidupan © 2013| Best View: Google Chrome