Melaka kami datang **3

assalamualaikum,selamat pagi smua :)  korang dah breakfirst ?
pagi ni aq nak sambung bebelan aq....Melaka kami datang part 3....
dah puas menjelajah setiap ceruk Muzium Samudera...kita orang pon teruskan explore ke Kompleks TUDM pulak..kat sini tak payah nak beli tiket lagi, guna tiket yg sama mase masuk Muzium tadi...suka suka,save bajet :D




ish... ish  apa lah yang di tenungkan encik suami kat benda alah tu..apa ke nama benda ni ea, sape tau?angkat  kening hahaaa...
ni je lah yg sempat kami jelajah kat kompleks TUDM,korang layan pic je yekkk..aq tak reti nak explain tentang sejarah TUDM ni..kang tah apa tah  yg aq explain kat korang nanti huhuuu..
misi kita orang seterusnya  di sini....jommmm

 Porta De Santiago...
 Porta bermaksud pintu dalam bahasa portugis..ni yg aq baca dlm papan keterangan taw..bukan aq memandai jew hihiii :)
kat sini kita orang tak lama pon..almaklum dah mula merasa bahangnya matahari,jam pon dah menunjukkan kul 11.30 tgh hari..panas weii,tak sanguppp kita orang nak menapak lama2 kat sini..mau pitammmm di buatnya..
jommm kita gi sini pulakk!!



Istana Kesultanan Melaka....
Muzium ni..satu satunya Istana Melayu dari zaman kegemilangan kesultanan Melaka
kat sini banyak mempamerkan kebudayaan dan tamadun melayu,
semua ni pon aq baca kat papan keterangan yekkk...aq kan  "rajin membaca"
korang layan je lah pic2 ni...aq nak basah kan tekak jap...hausss



kat Istana ni banyak lah jugak tempat nak tangkap gambar2 yg menarik..tengok lah pic2 kita orang banyakkan..macam biasa role model tetap my princess..ooopsss,lupa nk kenalkan  budak lelaki kat dalam pic tu,anak saudara aq..kita orang ajak dia ikut sekali hihiiii...
pasni nak gi mane lak ea,,,perut dah menyanyi lagu keroncong tuuu..mintak di isi,lapoooo!!
kita orang plan gi makan dulu arr,,kat Mahkota Parade jommm...

tengok pic dia orang..masing2 dah penat dan lapooo
pic ni kat dalam Mahkota Parade...masuk jew kat dalam urmmmm legaaaa weeii..dah penat meredah panas kat luar tu kan...apalagi terus cari tempat makan !!
dannn kat sini lah kita orang makan Chicken Rice Shop at Mahkota Parade,
kat sini tak sempat nak tangkap gambar..dah lapo sangat kan hahahaaa ;D
nanti aq sambung membebel eakk korang,..jmput makan !
erkkk,,,alhamdulilah syukur atas nikmat dan rezeki yg datang dr NYA...Amin
lepas makan sambung jejalan cuci mata kak Mahkota Parade jee,mase ni encik suami dah balik ke bilik hotel,nak rest kata nye..sbb petang ni nak gerak balik kan...aq ngan anak2 jew yg meneruskan explore ni hihiii..tetiba aq dapat tipon dr encik suami,katanye " pihak pengurusan hotel tipon tadi kat dlm bilik ,dia orang cakap dah kena cek out sekarang.. sbb dah lebih mase dr sepatut nya..kalau lebih dr 1 jam, pihak hotel akan discharged...kita orang apa lagi pecut macam lipas kodong arr , nasib baik hotel kat sebelah  Mahkota Parade jew..tak smpi 15 minit,kita orang dah smpi dlm bilik,,kemas2 pastu chawww..
destinasi kita orang seterusnya kat sini !!!
nampak buaya tuuuu ? kalau dah ada buaya,taman buaya lah kan kan...
tapi kat sini bukan buaya je yg ada..macam pic kat bwh ni, burung merak, dan macam2 lagi.
Malaysia in Miniature ponn ada... alaah macam replika tuuu..korang tengok je pic kat bwh ni..

,
ni lah di namakan Malaysia in Miniature (replika masjid ) ,
dan banyak lagi replika2 yg lain...

harga tiket masuk kat taman buaya ni dewasa 10 enggit,kanak2 6 enggit , ni termasuk tiket ke Water Playground yg ada kat dalam taman buaya ni..so..korang kalau gi taman buaya ni jangan lupa bawak baju salinan taw..jgn jdi mcm kita orang rase ralat sangat tak dpt mandi manda kat Water Playground urmmm :( ( lupa lak nk snap gambar )
 ni pulak replika Menara berkembar KLCC,,korang pon tau aekkk..saje jew aq nak explain huhuu
mase kita orang kat taman buaya ni..dia orang ada wat pertunjukkan buaya dan silat mata

video
jomm tengok video ni..(anak aq yg rakam )

ramai jugak kan pengunjung yg datang nak tengok pertunjukkan ni...yg penting free :)
kita orang dok atas sekali..takuttt weeii, kalau2 buaya tu terlepas naasss jawabnya
lepas tengok pertunjukkan tuu,kita orang gi sini pulakkk....rumah raksasa jeng,jeng,jenggg
tengok pic kat atas tu,   itulah raksasa nya...tak takut kan kan,sape yg pernah masuk kat dalam ni jew yg tau macam mane nak gugurnya jantung, takut weeii,and then ada jugakk kelakar nya hihiii
ni pic mase nak masuk kat dalam tu..kita orang kena naik kete api ni..mase ni steady lagi,bila kete api dah start jalan..dah mula orang yg duduk kat bahagian depan menjerit2 ketakutan hihiii :D   padan muka aq tadi nak sangat masuk kan kan !!
yg budak tiga org tu (dlm pic) tak usah cakap tutup mata smbil peluk aq..rugi arr tak tengok raksasa hahaha...kuar jew dr rumah raksasa muka2 dia orng pucat tuuu,tak senyum langsung kauuu
aq tanya kat dia orang nak masuk lagi takkk,,masing2 hanya mengelengkan kepala jee..dah tak leh nak cakap,kesiannn

mase perjalanan menuju ke pintu kuar Taman Buaya ni,,ternampaklah maskot buaya ni..apalagi dia orang pon menjerit nakkk gambar !!! glamour kan maskot buaya tu macam retis jee hihihii :D
dah puas brgambar sakan, kita orang pon kuar lah dr Taman Buaya tuu..dannn apalagii??
balikkk arr :) bay Melaka,bay korang...TAMAT











No comments :

Post a Comment

terimakasih sudi baca..komen korang amat aq hargai✍
akan ku terjah balik blog korang eah!..☺
thanka you alls...✌


All right reserved me,family and kehidupan © 2013| Best View: Google Chrome