KEK PUDING KARAMEL
Assalamualaikum
selamat tengah hari uals :) semalam korang pi beraya kemana ? hehee :D
hiss awat kome gelak ? betoi apa kitakan 1 Malaysiakan! so,kenalah ziarah menziarahi ye dak?
okay stop citer ziarah..sekarang moh ! kita layan resepi kek puding karamel yang sedap banget nii :)
kalau kak azlita aziz cakap berakhir sudah sumpahan itu..
aq pulak terkena sumpahan penangan kek puding karamel yang super walla nii..
memang tak cukup seketoi sekali ngadap kek ni..mau berketoi-ketoi menelannya..haa tulah penangan sumpahan kek puding karamel ni oiii..dasyat tak korang ?
aq je dah berkali-kali membuatnya..then berbagai-bagai rupa dan warna kejadiannya..pernah dalam satu masa aq buat kek ni sampai 4 biji dalam sehari, " tunjuk muka bangga sikit hehee :)"
sekarang aq nak kongsikan pulak kat blog kesayang hamba ni..ecewahhh:P
resepi kek puding karamel ni hasil terjahan aq kat blog kak ita
yang super famous a'haakk..
Kek puding karamel
Untuk gula hangus
2 tbsp gula pasir
sediakan loyang 8 inci
tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan
bila gula hancur dan warna bertukar jadi perang
ratakan gula dengan menyenget2kan kiri dan kanan
biar gula sejuk
gula yang sejuk ini akan keras dan akan retak2
berbunyi seperti kaca pecah
bila dah keras ketepikan
Bahan karamel
1 tin susu cair
70 gram gula kastor
1/2 tsp esen vanila
6 biji kuning telur
kacau susu dan gula hingga larut.
kacau kuning telur dan esen vanila perlahan
satukan kedua-dua bahan dan kacau rata ~ perlahan saja ye..
kemudian tapis kedalam loyang yang berisikan karamel tadi ~ ketepikan
nota: sukatan bahan karamel diatas aq gandakan untuk mendapat karamel yang tebal..
Adunan kek bahan 1
70 gram gula kastor
3 biji kuning telur
135 ml air
45 ml minyak masak
pukul kuning telur ,minyak dan air sampai gebu dan bertukar ke warna putih
kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda
Adunan bahan kek 2
140 gram tepung gandum
1 tsp baking powder
kedua bahan ini diayak bersama-sama
matikan mixer dan masukkan tepung yang diayak bersama baking powder tadi
sedikit demi sedikit dan kacau perlahan secara kaub balik hingga semua bergaul sebati dan sempurna ~ ketepikan
Meringue
6 biji putih telur ~ pastikan jangan tercampur sedikit pon kuning telur
70 gram gula kastor
1 tsp krim of tar tar
pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
pukul putih telur hingga berbuih
masukkan gula dan krim of tar tar terus memukul dengan speed tinggi hingga adunan kental dan kaku ~ kalau terbalikkan mangkuk adunan meringue tak jatuh,haa kompom jadilah tu hehe
masukkan 1/3 adunan meringue kedalam adunan tepung tadi,gaul rata secara kaub balik
kemudian masukkan semua baki adunan meringue dan ratakan dengan cara kaub balik perlahan hingga rata dan sempurna
bahagikan adunan 3 bahagian sama banyak dan letak pewarna mengikut cita rasa korang
aq letak warna purple,biru,pink..soft colour giteww..
kemudian tuang adunan ke atas lapisan puding karamel tadi
belang2kan adunan ~ ikut stap yang ada
akhir sekali loretkan dengan lidi diatas adunan..jangan sampai terkena karamel tau!!!..
sebelum korang mulakan stap melapis kek ni,korang panaskan dulu oven pada suhu 170c selama 15 minit,then bila korang nak masukkan kek dalam oven turunkan ke suhu 160c guna api bawah sahaja di rak yang bawah..
bakar dengan kaedah stem bath,tuang air panas kedalam loyang yang lebih besar dari loyang kek kita tadi,then letakkan loyang kek kedalam loyang air panas tu dan bakar selama 1 jam
bila kek dah masak biarkan kek didalam oven ( pastikan korang matikan suiz dulu ea,kang rentung pulak kek kome tu hehe :) ) sehingga kek merenggang di tepinya
terbalikkan kek ke dalam pinggang,biarkan kek turun dengan sendirinya..
jom kita pi tengok stap melapis kek puding karamel ni pulak..
peroses 1
4 sudu besar adunan purple diletakkan diatas adunan puding karamel
4 sudu besar adunan biru diletakkan diatas adunan purple
4 sudu besar adunan pink letakkan diatas adunan biru
ulang proses 1 sebanyak 2 kali ye..
proses 2
3 sudu besar adunan purple letakkan diatas adunan adunan pink
3 sudu besar adunan biru letak diatas adunan purple
3 sudu besar adunan pink letakkan diatas adunan biru
ulang proses 2 sebanyak 3 kali
proses 3
2 sudu besar adunan purple letakkan diatas adunan pink
2 sudu besar adunan biru letakkan diatas adunan purple
2 sudu besar adunan pink letakkan diatas adunan biru
ulang proses 3 sebanyak 2 kali
proses 4
1 sudu besar adunan purple letakkan diatas adunan pink
1 sudu besar adunan biru letakkan diatas adunan purple
1 sudu besar adunan pink letakkan diatas adunan biru
ulang proses 4 sampai habis adunan okay..
Alhamdulilah selesai sudah perkongsian resepi kek puding karamel ni..
nampak rumit je kan korang !!. haa kalau menjadi kek ni kompom nak try and try lagi
macam mana ada berani untuk mencuba ? :)
Kakak suka karamel dia tapi anak-anak suka kek ini...
ReplyDeleteTapi nak buat tu kena rajinlah kan. Kakak ni jenis tak rajin jadi payahlah nak buat:)
pergghh hai...nk guling2 tgk kek lawa mcm paddle pop...emm nyum2..boleh try bt la pasni..resepi dah ada tu..:D
ReplyDeletepehh... kaler kaler tu, tengok pun cantik apatah lagi dimakan..... mesti sedap....hihih
ReplyDeleteBoleh jenguk mama di sini.. Mommy As Blog
rajinnya buat kek ni. saya suka, tapi tak pernah lagi try buat. makcik ada buat dia bagi rasa. hoih sodapnya. nak belajar buat jugak la gini
ReplyDeletewalawei...sikit punya panjang cara pembikinannya
ReplyDeletefikir dua tiga kali juga nak buat ni
rasa-rasanya saya pilih untuk makan aje =)
Betul tu..bila dah mnjadi, mmng sllu jer nak buat..
ReplyDeletedah lama teringin nak makan kek ni… tapi kalau tgk pada cara pembuatan tu, mmg fikir 4 5 kali… kalau ada masa, harap boleh cuba resepi ni :)
ReplyDeleteadoii...akak dah buat zee terliur pepagi ni..
ReplyDeleterasa cam nak buat tapi tengok step pon dah ting tong..hahahha..zee jenis suka yang simple and cepat tapi makan nak sedap...camaner tu??
cantik dan nampak sedap tu.. :D
ReplyDeletecantekkk sangat kek tu..tak pernah rasa lagi..nampak sangat sedap..mintak hantar sikit ke rumah ye..kih3
ReplyDeleteamboi..mmg cantik lah rupa kek ni kak...
ReplyDeleteini klu dpt kat sy, sayang nak makan ni..haha
cantikla kek akak nie... suka tau caramel nie... :)
ReplyDeleteterleleh cik...tengok jer pon dah meleleh..belom depan mate lagi..
ReplyDeletefulamak tengok rupa je dah menggoda..mesti sedp sgt ni..tak pernah cuba buat lagi..sekarang mood baking n mengukus tgh merudum..:)
ReplyDeleteHaha... K Roha... Kalau nurul pun berketul2 menelannya sekali hadap... memang sedapppp.... anak2 pun semua suka cuma anak bujang tu suka amik karamelnya aje... ^__^
ReplyDeleteWarna2 pastel yg sgt menarik...boleh gila tgok warna..cntik n sedap..
ReplyDeleteSelalu buat karemel je Roha rak pernah buat kek dgn karemel sekali...
ReplyDeleteCara dia tu nmpk panjang je Roha....mcm leceh je hehe...
alhamdulillah. cntik sungguh hasilnya kak.
ReplyDeletekalau dduk berjiran nk je singgah