3 Jenis makanan untuk perut buncit



Assalamualaikum...

salam pagi kamis...amacam tajuk n3 hakak pagi kamis ni.. ada yang berkaitan ? hehe
ker u olls pernah tak mengalami situasi macam ni?

" tipa oii , kome berisi lagi ker... nampak ' buncit '  jer perut tu" haa kalau buncit perbuatan encik suami it s okey lerr... hehe

Opstt buncit lepas bersalin adat la kan !..but jangan la sesekali biarkan buncit lepas bersalin tu jadikan " kawan baik pulak "  untuk selama2nya.. hihii

 haa.. kalau buncit dik lemak tepu adoii..awat pulak bunyinyer ? :)





tak yah nak worri worri sangat ada jer cara solution nyer..how ?
jemput baca artikel kat bawah ni
tentang cara untuk mengawal lemak-lemak yang berlebihan di perut yang menjadikan perut anda BUNCIT.




Kebiasaannya, menyingkirkan lemak di perut adalah langkah awal yang diambil apabila anda bercita-cita ingin menurunkan berat badan. Jadi, apa yang anda perlu lakukan adalah mengikuti jadual senaman yang telah dirancang dan mematuhi diet pemakanan yang telah ditetapkan.

Diet ini mengandungi beberapa jenis makanan yang boleh mempercepatkan proses penyingkiran lemak. Berikut adalah senarai jenis makanan yang dapat membantu proses tersebut;

Protein

Protein yang dimaksudkan adalah protein tanpa lemak. Badan anda membakar kalori untuk mencernakan makanan. Menurut kajian, makanan yang mempunyai protein yang tinggi memerlukan kalori yang banyak untuk proses pencernaan yang juga membantu meningkatkan proses metabolism. Ayam, daging merah, dan putih telur adalah contoh makanan yang mempunyai protein yang tinggi.


Makanan berempah

Tentu anda pernah mengalami situasi di mana anda berpeluh-peluh setelah memakan makanan yang pedas atau mengandungi rempah ratus. Hal ini disebabkan rempah ratus seperti lada dan cili mengandungi capsaicin yang membantu merangsang kadar metabolism tubuh anda, membakar lebih kalori dan meningkatkan penyingkiran lemak.


Sayur-sayuran hijau

Sayuran hijau adalah antara makanan yang terbaik untuk perut anda. Kebanyakan sayuran hijau mengandungi kalori yang rendah tetapi tinggi dari segi kandungan fiber. Fiber yang tinggi menjadikan perut anda berasa kenyang untuk jangka masa yang lama. Bayam, timun, brokoli dan kacang hijau adalah pilihan yang baik untuk menu salad atau snek anda.


Jika nak berjaya dalam sesuatu yang u all lakukan, JANGAN SESEKALI WUJUDKAN ALASAN..!! (",)

sumber:mylaunchpad.com
Picture by : Google.com

23 comments :

  1. Morning, K Roha...
    Tq for the tips... bagus tu, nrl pun tgh cuba tuk kurangkan sikit berat badan... sejak lps beranak yang no 4, cam dah susah nak turun badan... & perut pun muncit sikit... huhu

    ReplyDelete
  2. Kakak rasa kakak makan itu semua tapi muncit juga... so kakak rasa sebab kakak ni lack of exercise...

    ReplyDelete
  3. Bagus tips ni Kak..boleh lah nak cuba nti di samping bersenam..hehe..

    ReplyDelete
  4. bagus tips ni :)
    salah satu cara untuk tak buncit hihi

    ReplyDelete
  5. buncit lepas bersalin yang masih belum hilang lagi ni kak roha oiii... tapi dah kurang dah sikit...caesar kan lambat sikit pick up pakai bengkung...wakakakaka....

    ReplyDelete
  6. saya makan semua benda tu kak
    buncit juga ni camne nak jawab tu =)

    ReplyDelete
  7. wahh!nice tips..*sambil check2 perut* mcm xbuncit je niesa..ekeke..

    ReplyDelete
  8. kak...lemak tepu kat perut cik ne tak dapat nak di singkirkan lagi....lagi-lagi bile berhadapan dengan makanan yang sodap2..bile kak roha selalu upload gambar2 kek yang nyummy2 tu bertambah-tambah lah selera makan cik....hahhhhhh sape kene bertanggung jawab ne kak???kihkihkih

    ReplyDelete
    Replies
    1. adoii cik..jangan saman hakak noh! hehe

      Delete
  9. baiklah ! *tampar perut 5 kali* hehehe

    ReplyDelete
  10. Wah info yang bagus!perut aida memang buncit amat..malu bile bukak baju..hehe..boleh gunapakai diet ni nanti..Sayur hijau memang marveless..hehehe

    ReplyDelete
  11. semua tu dh makan..nak kempis lagi..biasakan mandi seblum subuh..dlm 4 pg gitu..dgn air sejuk..masa ni kolsetrol tgh aktif..so bila kena air sejuk..terbantutlh dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank yer knor..berkongsi tips..semoga menjadi panduaan pada yang nak mengempis kan perut boleh try this tips...

      Delete
  12. muahahah... dh suh aiyan pijak2 perut pun tak ilang buncit camne hehehe.... bab protin tu mmg betul, masa bt atkin dulu mmg perut blh susut skit tp tak tahan ngn dugaan napsu nk melantak hahah.... redho ngn muncit nih...

    tq follow n sudi jenguk blog akak... akak pun org pontian tau

    ReplyDelete
  13. terima kasih di atas tips makanan untuk perut buncit ini kak..

    ReplyDelete
  14. Thanks sharing sharing. Bab nak ikut petua tu la yang payah tuu. Adehhh!

    ReplyDelete
  15. semangat ja berkobar2 tp usaha,malas hehe..(akak le tu)

    ReplyDelete
  16. Rasa mcm dah komen...lum yeh? Nyanyuk le pulak mak ni hehe,......
    Bab perut ni sensitip mak tau.....hoho....maklum ajos haha.....Rasnya tiga tiga tu dah melahap sebanyak banyaknya tapi idaklah kempis jugak....Agaknya nak tambah selori ke hape ni hehe...

    ReplyDelete
  17. sekarang makin dipam2 pulak rasanya.. nak2 pulak anak-anak balik sekolah lapar nak makan.. dan bila dah siap masak, ibunya pun join sekali.. hehehe..

    ReplyDelete
  18. perut tak nak susut sejak kebelakangan ni..aduiii

    ReplyDelete

terimakasih sudi baca..komen korang amat aq hargai✍
akan ku terjah balik blog korang eah!..☺
thanka you alls...✌


All right reserved me,family and kehidupan © 2013| Best View: Google Chrome