Siakap Sweet Sour



ASSALAMUALAIKUM...

jumpa di pagi sabtu..salam hujung minggu semua...dah plan nak masak apa weekend ni?
aq ! dalam mood cuti gamaknyer..5 hari dok bersilat gayung kat small kitchen penat jugak weii, so decide untuk rehat dari memegang periuk belanga kat dapoq hari ni... hehe



ermm best kan if  encik hubby ofer diri...masak untuk lunch  time weekand macam ni..but my hubby takdernyer, lebih rela kuar duit untuk pegi makan ghasenyer :D

berbalik pada tajuk n3 aq hari ni...






siakap masam manis ni aq masak semalam petang untuk dinner kitaorang, haa kali ni aq masak tak pi terjah memane blog pon,  just ikut feel tekak aq jer buh apa yang patut if ada rasa masam manis udah ler..




selain siakap masam manis, kangkung belacan my favourite pon ada.. uiss mana acikan makan ikan jerk. but i till u che senah oii!!  aq sorang jer yang makan kangkung goreng belacan ni, my hubby ngan anak2 memang depa tolak tepi kangkung ni, hakak muh sorang nilah pi perabis...☹ 




Siakap Sweet Sour


1 ekor ikan siakap di perap bersama sedikit kunyit serbuk, garam dan 2 sudu besar tepung jagung


bahan untuk menumis

1  batang serai di ketuk
1/2  inci halia di hiris halus
1/2  inci lengkuas di ketuk
2 ulas bawang putih di ketuk then cincang halus
1 biji bawang holland di hiris 
2 biji cili merah di belah 4 ~ buang biji
3 helai daun limau purut
1  sudu besar cili kisar
2  sudu besar sos tiram
3  sudu besar sos cili 
1   sudu kecil sos  ikan ~ tak letak pon it s okeh !
garam & gula secukup rasa
1/2  cawan air if nak kuah lebih sila tambah sendiri :)


bahan hiasan

carrot 
nenas
tomato
sedikit daun ketumbar 


caranya...

goreng ikan siakap hingga masak dan garing di kedua dua belah ikan, angkat toskan dan letakkan di pinggan yang sesuai ~ ketepikan

panaskan sedikit minyak tumis bawang putih,halia,lengkuas dan serai hingga wangi

masukkan cili kisar, tunggu hingga cili garing masukkan sos tiram,sos cili then sos ikan tambah kan air..

masukkan carrot,nanas, tomato dan bawang holland

perasakan dengan garam dan gula..tunggu hingga memdidih baru masukkan daun ketumbar 

then tuang keatas ikan siakap tadi..done ! :)



tips: untuk menghilangkan lendir or hanyir ikan air tawar just perap dengan jus limau kasturi selama 15 minit, then cuci hingga bersih..




 

Agar -agar milo lapis oreo


Assalamualaikum..

salam bersiaran di pagi kamis...dah plan nak masak apa? loooo tak larat nak masak! sebab air masih bercatu ker ?  or takder selera nak makan time cuaca panas membahang ni...

haa apa kata try buat dessert ni agar-agar milo lapis oreo..




simple but yummy for tea ",)

sesuai sangat dimakan masa musim panas ni..nak2 lagi yang baru kuar dari peti ais...sejuk nyaman jerk lalu kat anak tekak :)
resipi ni aq ciluk kat majalah rasanyer..selalu jugak ler aq buat  agar2 ni...nak kata every day tipu nah la kan!




jom ler kita tengok apa bahan yang nak digunakan...


Agar-agar milo lapis Oreo

loyang 8inci persegi
1  bungkus serbuk agar2 ( 10g)
750 ml air 
160g  gula
1  tin susu cair 
3/4  cawan milo
1   bungkus biskut oreo ( 137g ) ~ dipatah-patahkan, jangan di buang cream tengahnya





cara-caranya


  1. masak serbuk agar2 dan air sehingga larut, masukkan gula dan masak sehingga gula larut, masukkan susu cair kacau bagi sebati masak hingga adunan mendidih
  2. asingkan 2 cawan ke dalam periuk lain, campurkan dengan milo dan kacau hingga sebati
  3. tuangkan 1 cawan adunan milo kedalam loyang yg di basahkan dengan air terlebih dahulu, biarkan adunan milo beku / keras sedikit ...adunan milo yang selebihnya kita panaskan diatas api yang paling kecil bertujuan agar adunan tidak beku..
  4. apabila adunan milo di dalam loyang agak mengeras, tuangkan adunan plain diatas adunan milo tadi semua sekali then taburkan biskut oreo yang dipatah-patahkan tadi..biar adunan mengeras / beku sedikit..
  5. akhir sekali tuangkan adunan baki adunan milo tadi
  6.  sejukkan dalam peti ais, sebelum dihidangkan...
tips: pastikan adunan masih panas..better suam2 kuku apabila menuang keatas lapisan sebelumnya, then jangan tuang sekali banyak..gunakan sudu kecil secara berperingkat ...bagi mengelakkan adunan bercampur..


All right reserved me,family and kehidupan © 2013| Best View: Google Chrome