Makaroni bakar ala Johor



Assalamualaikum..

selamat pagi u olls..korang dah sarapan ? busy la tu sampai lupa nak bekpes, almaklum la kan masa cuti ujung minggu ni la semua keje dok menunggu untuk di settle kan, hendak2 bagi para isteri yang bekerjaya.. ermm dari segi mengemas ~ membasuh pakaian ~ mencuba resipi hehe  " ada ker? " semua di lakukan pada hujung minggu kan.. but not on a housewife macam aq,  the day have to do..nak wat cam ne dah tanggung jawab kannn..:)




Makaroni bakar ala Johor, kata  Che Mat  tuan empunya resipi oner Dapur tanpa sempadan





kalau che mat guna acuan muffin untuk membakar makaroni ni..tiba kat aq lain pulak citernya dan gayanyer..biasalah kalau resipi dah sampai ketangan penderhaka macam hakak ni memang tak sah if tak derhaka pada satu resipi yang di cuba..salah satu penyebabnya kekurangan stok bahan2 untuk makaroni bakar ni.  so,  guna apa yang ada jer kat dapoq hakak ni..





macam che mat campurkan kacang panggang ( baked beans ) dalam resipi makaroni bakar ni..aq derhaka so, aq tukaq cendawan butang ( ayam brand ) mengantikan baked beans..dengan alasan malas nak pi ketuk pintu kedai pagi2 buta..hehe
then ada lagi yang aq derhaka pada resipi makaroni bakar hak milik CMG ni..." korang nak tahu tak ? " moh tengok resepi kat bawah ni...

opss..sebelum tu, mintak izin yer abang Mat.. C & P resipi makaroni bakar ala Johor kat sini..tQ :)


Makaroni bakar ala Johor
sumber : Dapur tanpa sempadan


BAHAN-BAHANNYA
1 cawan makaroni yang belum direbus jenis kecil, rebus hingga lembut dan toskan
2 batang sosej ayamas, didadu kecil
1 tin kecil baked beans (cap AYAM) ~ aq gantikan dengan cendawan butang
1 biji bawang holland saiz sederhana, dadu kecil
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 biji cili merah, buang biji dan dadu kecil
1 biji cili hijau, buang biji dan dadu kecil ~ aq tak letak..dah habis stok
1/2 camca besar rempah beriani (Baba's)
1/2 camca besar rempah kari daging (Baba's)
Garam secukup rasa
3 camca besar minyak zaitun ~ aq guna minyak biasa
4 biji telur gred A
100 ml susu rendah lemak
1/2 camca teh lada hitam yang ditumbuk halus
1/4 camca teh garam
Parutan keju mozarella secukupnya ~ aq gantikan dengan parutan keju cheddar
Sos cili untuk dimakan bersama makaroni bakar
 
  CARA MEMBUATNYA
  1. Panaskan minyak dalam kuali (che mat guna non-stick pan). Tumis bawang holland dan bawang putih hingga harum, masukkan rempah kari dan rempah kurma, kacau rata dan masak sekejap. Guna api kecil. ~ aq kuali non stick
  2. Tuang baked beans, gaul rata dan masukkan makaroni, kacau rata. Tambah garam secukup rasa dan masukkan cili merah dan cili hijau yang didadu. Gaul dan masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Biarkan sejuk sebentar. ~ so, aq tuang cendawan butang yang aq hiris tipis.
  3. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser acuan muffin dengan mentega (acuan muffin berkapasiti 1/2 cawan). Dalam satu bekas, masukkan telur, susu rendah lemak, lada hitam dan garam, kacau rata dan ketepikan.~ aq just gunakan loyang yang bersize 7 inci..then lenser dengan butter.
  4. Sudukan makaroni yang telah siap dimasak tadi ke dalam acuan muffin hingga penuh. Kemudian tuang perlahan bancuhan telur hingga penuh, buat hingga siap. Taburkan sedikit parutan keju atasnya dan boleh dibakar 30 minit atau hingga masak. Keluarkan dari oven dan boleh hidangkan bersama cili sos, untuk minum petang atau sarapan pagi.




haa korang nilah kejadian makaroni bakar yang hakak derhaka tu..amacam ada berani nak derhaka macam yak hakak ni ?  hehe
lupa nak habaq hakak siap tambah hirisan daun bawang dan juga hirisan  Meatballs lagi..see ! bape banyak hakak dah derhaka!
but!!  
still delicious for the try....:)





21 comments :

  1. adoi sedapnya....lama tk buat..

    ReplyDelete
  2. xbaik ckp derhaka..guna versi sendiri lg sedap nak dengar..hihi

    ReplyDelete
  3. Haha. derhaka2 pun jadinya nampak sodappp kak...blm pernah mkn makaroni bakar ni...huhu

    ReplyDelete
  4. sedapnya tengok dia meleleh kak.. derhaka pun menjadi dan sedap takpe.. selamat berhujung minggu kak.. :D

    ReplyDelete
  5. sedapnya ada cheese,...nak try jugak buat.

    ReplyDelete
  6. wahhh...betul2 menggoda makaroni ni...

    ReplyDelete
  7. K Roha, thanks bg idea apa nak buat tuk ptg ni.. hehe... td dok pikir2 nak buat apa lah... sekali mmerewang jap, ternampak macaroni baked ni... haa, nak pi keluarkan bahan2nya... :)
    Selamat berhujung minggu...

    ReplyDelete
  8. Asal masak je mesti derhaka kan kak roha..tapi hasil nye tetap delicious....

    ReplyDelete
  9. amboi kak roha, sedapnya tengok hasil tangan akak..

    ReplyDelete
  10. Memang menu kegemaran saya ni. Hangus sikit pun saya boleh makan habis.

    ReplyDelete
  11. alamak.. menggoda jiwa dan raga ni. haha

    ReplyDelete
  12. nampak sangat meyelerakan!!!

    ReplyDelete
  13. ntah bila la nk try buat makaroni.serius sy x pernah buat and makan makaroni lg.hihi

    ReplyDelete
  14. Aduh, serious tak boleh tahan lapar! Menderhaka pun nampak sedap, kalau taat pada resepi apalah agaknya yang akan berlaku ye...

    Well, as you know (ngengada nak speaking jawa) ibu bekerjaya macam saya mmg cuba this type of resepi hujung minggu aje. Itu pun mungkin once in a blue moon kata orang bugislah... Kalau hari biasa nak masak semarbeles ini, mahu punch card merah. Tak kuasa dey nak bangun dinihari memasak kecualilah air tarak, kan ....

    Serious, memang sedap macaroni terburnt dalam oven nih!

    ReplyDelete
  15. Lain kali buat le huruf R kat sos tu barulah lulus hak menderhaka resepi orang haha....
    Papa zir kurang sukalah makaroni ni .....tp kalau dah tekak mak teringin apa kes pikir tekak laki hehe...mak buat jugak...
    CMG guna kari babas yeh.....tp mak tetap jatuh cinta dengan resepi yg mak dah pernah buat tu.....pes bolognese campur kari...
    Tapi weyh kalau muh yg masak tambah lagi dengan photoshoot ala ala professional muh tu... mak mmg NGAP aje hehe....

    ReplyDelete
  16. derhaka ke tak..tengok sedap je..

    ReplyDelete
  17. kebelakangan ni pun memang agak rajin mencuba resipi tiap kali hujung minggu
    bebudak dah start nak makan macam-macam agaknya

    ReplyDelete

terimakasih sudi baca..komen korang amat aq hargai✍
akan ku terjah balik blog korang eah!..☺
thanka you alls...✌


All right reserved me,family and kehidupan © 2013| Best View: Google Chrome