Panggang Vs Goreng ?



ASSALAMUALAIKUM
 
hiss hiss..apa  konoi jang oii !! mood malas ada lagi ni.. nak update n3 pon tak ready..bukan mood cuti
yg menguasai diri tapi mood ' M ' beso lagi hehe...
4 hari sepi tanpa n3..tup tup  update n3 pasal panggang vs bergoreng :)
layan je lah yek ...:)
 
 
 
 
Image Credit: Stock Exchange/Vjeran Lisjak

aq kalau di beri pilihan  kann !!.. of coz pilih yang di panggan..bukan kerana berita baik...
 
 
bahawa memanggang adalah salah satu kaedah penyediaan makanan yang sihat.

tapikan dah memang aq suka pada satu hidangan yg dipanggang dari bergoreng..lagi2 ayam panggang wow..my favorite tuu..yummy

Image Credit: Google

make sure korang semua dah tahukann..grilled food lebih sihat dari fatty or fried foods
tapi aq tak taulah kenapa hati dok ye ye nah.. nak to share an article yang aq rasa baik untuk semua..
 
Image Credit: Google
 
Sumber artikal dari http://health.mylaunchpad.com.my/diet-nutrition
 
Masakan panggang

Kaedah memmanggang makanan sebenarnya boleh dijadikan inisiatif menggantikan kaedah menggoreng. Disamping rasanya yang sedap, ia mampu mengurangkan kandungan lemak, dan memanggang juga membantu memastikan anda mendapat lebih nilai daripada makanan anda. Ini kerana, makanan yang di panggang diletakkan di bawah atau di atas sumber haba yang kering, sekaligus dapat mengekalkan vitamin yang ada didalam makanan dan mengelakkan ia hilang semasa proses memasak.

Kaedah memasak kering dan masa memasak yang lebih pendek pula membantu mengekalkan kandungan nutrien yang ada didalam makanan. Proses memanggang juga dapat mengeluarkan lemak yang sedia ada dalam makanan. Jadi, makanan yang dipanggang sebagai contoh,ayam yang dipanggang mempunyai kandungan kalori yang lebih rendah daripada ayam yang digoreng. Ini membantu dalam pengurusan berat badan dan pengurangan kolestrol dalam darah.  Tahap kolesterol yang seimbang, mampu meningkatkan kesihatan kardiovaskular seseorang. Pelbagai keadaan kesihatan seperti kegemukan, strok, penyakit jantung, dan  tekanan darah tinggi secara langsung, dapat dielakkan.
 

Makanan bergoreng

Apabila sesuatu makanan digoreng, ia sebenarnya menyerap banyak lemak. Walaupun makanan itu makanan yang rendah lemak, ia berakhir dengan kandungan lemak yang tinggi selepas digoreng. Apabila dimakan, ia akan meningkatkan paras kolesterol didalam darah.
Paras kolesterol yang tinggi menimbulkan risiko yang lebih besar kepada kesihata seperti menyebabkan arteri tersumbat. Ini menghalang kelancaran darah dan seterusnya meningkatkan tekanan darah. Paras kolesterol yang tinggi juga meningkatkan risiko strok, penyakit kardiovaskular dan diabetes. Kandungan kalori yang tinggi dalam makanan yang digoreng juga lebih tinggi, dan ini menyebabkan kenaikan berat badan jika ia sering diambil.

Walaupun makanan goreng mungkin lazat dengan tekstur yang hebat, ia lebih sukar dicerna daripada makanan panggang. Ini kerana lemak yang banyak telah diserap oleh makanan sewaktu ia digoreng. Makanan dengan kandungan lemak yang tinggi memberi tekanan yang lebih kepada sistem pencernaan dan organ-organ. Ini menyumbang kepada gangguan saluran pencernaan. Keadaan bertambah buruk apabila ia mampu menyumbang kepada punca penyakit ulser dan batu karang.

Kesimpulannya, alternatif yang lebih sihat untuk menggoreng adalah memanggang. Memasak dengan cara yang sihat menyumbang kepada kesihatan yang baik dan kesejahteraan secara keseluruhan.
 

 baik masakan panggang or bergoreng semua ada kebaikkan as well as keburukannya..jika diambil berlebihan..

" ermm good idea for lunch ..apalagi ayam panggang lohhh..:)
 
 
 
 
 

 

28 comments :

  1. Kakak jarang memanggang tapi kalau bakar dlm oven selalu. Panggang ni kakak malas nak tunggu sebenarnya Roha. Kalau bakar dlm oven senang boleh tinggal :)

    ReplyDelete
  2. Nak memanggang jer lah lpas ni ☺☺

    ReplyDelete
  3. Salam Kak....amboii cuti sakan dr N3 nooo...haha.. rehat bebetui...
    sy pun suka yg panggang kak... sbb mmg rasa lebih sihat.. klu goreng kompom berminyak kan..tu yg tak minat sgt...hehe... apapun tq share info ni..:)

    ReplyDelete
  4. salam…saya setuju jugak tu. kalau dpt makan nasi panas dgn lauk2 panggang ni hari2 pun xkisah tapi tu la bila dah ada anak2 kecik ni they all prefer yg goreng2 lg la….

    ReplyDelete
  5. saya pun suka tapi tekak en suami sebaliknya...hehe

    p/s-kak ada typo error dekat ayat bawah gambar yang pertama =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaa..faktor usia tu yana :P
      thanks yana..

      Delete
  6. Aah la.. Rasa macam nak cari ayam panggang lunch ni... Hehe

    ReplyDelete
  7. family niesa pun suka panggang2 ni kak..kalau boleh hari2 nk memanggang..hehe..nak makan ayam panggang laa...

    ReplyDelete
  8. ayam panggang mmg best.... meletup letup sedap dalam mulut
    tapi mood menggoreng atau panggang sll ikut mood.. haih....

    ReplyDelete
  9. Kat rumah ni mmg jarang memanggang Roha.....sebab tak de pemanggang ajaib hehe....boleh jadi alasan gitu?
    Bukan apa sebab campak je dalam minyak senang cite...minyak pun dah ada kat kuali...hehe
    OKje pun suka gak panggang ni tapi kalau belilah....orang yg masak hoho...

    ReplyDelete
  10. sebut panggang memanggang ni terlior pulak nak makan ikan pari panggang/bakar...cicah kuah asam...ermmm tak sedar dua pinggan nasi habis...

    ReplyDelete
  11. terliur tengok ayam panggang! tq share...mmg tips dan info berguna

    ReplyDelete
  12. panggang best kak..kalau ikan naniey suka stim je..manis2 rasanya..akeke

    ReplyDelete
  13. ikan bakar cecah air asam sdapnya..:)

    ReplyDelete
  14. Akak pun suka yg dipanggang atau dibakar... sedap pada tekak akak pastu ada pulak pencecahnya atau sosnya lagi lah sedap... :)

    ReplyDelete
  15. Akak suka di panggang dgn kayu arang.
    wangi je.tambah dgn air asmnya..

    ReplyDelete
  16. panggang gril kukus... panggang grill kukus.. semuapun baik untuk kesihatan...

    ReplyDelete
  17. Goreng aje.
    Cepat dan mudah.
    Hehe. >.<

    ReplyDelete
  18. saya dua2 suka… tgk selera tekak…. kalau panggang senang jugak, tak perlu nak tunggu2 mcm menggoreng.. set masa, lepas tu terus boleh ngap… sambil menaip ni pun boleh terbayang ada ayam panggang dalam oven…. hihihi, nice idea :)

    ReplyDelete
  19. Panggang mmg lebih sihat.goreng byk guna minyak.tp saya tak pernah pun memanggang..hehee

    ReplyDelete
  20. panggang la lagi best..mudah & sodap...

    ReplyDelete
  21. Tq kak share info... kalau ikutkan tekak ni, memang sedap panggang dari goreng... tapi aktiviti panggang memanggang ni seminggu sekali je kot buat... hehe... *__^

    ReplyDelete
  22. cik pon lebih suka panggang dari goreng....sedap lagi makan makanan yang di panggang kan kak roha...kurang minyak lagi..

    ReplyDelete
  23. Kukus pn sedap sis..

    ReplyDelete
  24. Dua-dua pun suka, boleh? :) Kat rumah ni kalau ngidam panggang, memang kerja memanggang ajelah sampai tujuh keturunan. Bila ngidam nak yang bergoreng, memang bergoreng ajelah tujuh keturunan jugak :)

    ReplyDelete
  25. pemanggang ajaib kan dah ada. hihi

    kak, tak da rajin mana, tp kena isi masa terluang.. tak tau nak buat apa kan.. masak je la khoje saya.. hihi

    lagi satu kt area saya makanan mahei benor..

    ReplyDelete
  26. tapi kalo saya suka yang goreng....kalo panggang jarang nak memangggang..hehe
    tapi kekadang kalo insaf dan rasa nak makan mknn sihat baru la kukus...grilll..panggang gitu...

    ReplyDelete

terimakasih sudi baca..komen korang amat aq hargai✍
akan ku terjah balik blog korang eah!..☺
thanka you alls...✌


All right reserved me,family and kehidupan © 2013| Best View: Google Chrome