Cucur udang with cheese

Assalamualaikum...

salam petang rabu...opkos korang dah lunch kann...hakak makan bubur ayam ala2 mekdi jer harini, terguda dek penangan n3 mak tu hari,  di tambah pulak posting dari dak lya , menjadi-jadi ler keteringinan hakak ni..so,  hari ni hakak buat bubur ayam ala2 mekdi,  makan bersama ikan bilis goreng dengan  lobak masin ditambahkan dengan hirisan cili padi dan sayur kobis goreng....mau tak teliuq dibuatnyer ! :D

berbalik pada tajuk n3...

  Cucur Udang With Cheese




 haa.. bab cucur udang pulak hakak terguda dengan n3 kak Yatie, cucur udang lembut kata tuan empunya resipi...

sebagai sajian petang sesuai beno ghasenyer..nak2 time musim hujan belah petang kat Johor ni..
pekena pulak dengan secawan teh or kopi 0 panas memang kaw kaw arrr !..hehe

resipi cucur udang with cheese ni hasil selongkar hakak kat satu blog masakan indonesia..kalau kat sana lebih dengan panggilan Bakwan udang pada cucur udang ni..yang membuatkan hakak tertarik untuk mencuba resipi cucur udang ni disebab ada  tambahan cheese dalam resipinya..lain dari yang lain kannn ?

moh kita pi tengok resipi dulu..pasni boleh godek2 kat dapoq tu...

  • 100g tepung gandum
  • 30g   tepung beras
  • 1/2    sudu kecil baking powder
  • 1/2    sudu kecil garam
  • 1/2    sudu kecil pati / kiub pati ayam
  • 1/4    sudu kecil serbuk lada putih
  • 150 ~ 200ml  air  ( tuang sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi pekat
bahan yang ditumbuk halus
  • 3  ulas bawang putih
  • 3  biji bawang merah ( bawang merah yg kecik tu yer...)

bahan2 lain
  •  100g udang buang kulit dan cincang kasar
  •  15   ekor udang ~  sebagai hiasan ( hakak skip mende ni, terus cincang habis udang2 tu..hehe )
  •   30g  parutan cheese cheddar
  •  250g tauge ( haq ni pon hakak skip )
  •  2  biji carrot ~ di sagat  ( hakak guna sebiji jer )
  •  1/2 biji kobis ~ di hiris halus  ( hakak guna suku jer )
  •  2 batang daun bawang
  • 2  batang daun sop ( hakak guna daun bawang jer )
 ermm dasar penderhaka !! ..ikut suka suki hati jer nak ubah resipi yer...

  1. campurkan kesemua bahan2 then tuang air sedikit demi sedikit hingga adunan manjadi pekat
  2. goreng hingga garing dengan mengunakan api yang perlahan 
tips:mengunakan minyak yang banyak semasa mengoreng ( deep frying )









Padprik Bebola Ikan


Assalamualaikum...

Padprik bebola ikan jer lah.....




Pagi ni hakak nak kongsi resipi menu sejuk beku jimat masa, siap segera..nak2 bagi wife yang berkerjaya kann ! memandangkan  kekangan masa mereka2 yang berkerja dan sewaktu dengannya... oleh yang demikian kita masak masakan yang simple but delicious to eat ", )
 
Padprik bebola ikan bukan sahaja mudah nak di sedikan malahan harganya juga berpatutan di samping ghasenyer yang sedap! dapat menjimatkan masa... haa tu yang penting kann korang ? ..hehe




hakak yang dok umah hari2 ni pon pening pikiaq nak masak apa untuk makan tengah hari or dinner...hari2  puas dok ejas menu ni, menu tu last2 sejuk beku jadi pilihan..
padprik bebola ikan ni menu kitaorang malam tadi makan dengan nasi hangat dan tambah telur dadar udah leer...bertambah tambah jadinyer..hehe

mohlah kita tengok resipi kali ni...





Padprik bebola ikan

Bahan2nya:
  • 10  biji bebola ikan
  • 1/2  labuh bawang besar ~ di hiris
  • 1   ulas bawang putih ~ di cincang
  • 4   keping daun limau purut
  • 1   batang serai ~ di titik
  • 10  tangkai cili padi ~  di hiris ( jika tak nak terlalu pedas sila kurangkan )
  • 1    batang carrot ~ potong ikut citarasa
  • 1    sudu makan lada kisar
  • 2    sudu makan sos tiram
  • 2    sudu makan sos cili
  • 2    sudu makan kicap pekat ( drak soy sauce )
  •       sedikit air untuk kuah

  1. Tumis bawang besar dan bawang putih dan serai hingga wangi, lepas tu masukkan lada kisar dan kacau hingga pecah minyak
  2. kemudian masukkan sos tiram, sos cili, kicap pekat dan cili padi, gaul bagi rata
  3. masukkan bebola ikan, carrot dan daun limau purut then tuang sedikit air kacau bagi rata
  4. tunggu hingga kuat pekat sedikit dan angkat
  5. hidangan sedia untuk dinikmati

hakak tak boh garam n gula lagi just masukkan 1/2 kiub pati ikan bilis jer..if korang nak boh jugak terpulang pada citarasa...

All right reserved me,family and kehidupan © 2013| Best View: Google Chrome